COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 27 November 2016

Takdir Cinta (E&F) -51-



Fateh mengambil tempat duduk di kaunter dalam bilik menunggu. Dia membelek-belek dokumen perjalanannya untuk hari ini. Suasana bilik yang penuh dengan perbualan rakan-rakan sekerja syarikat penerbangan di belakangnya itu tidak dipedulikan. Dia tidak berasa ingin berbual pada masa ini.
                Tiba-tiba, bahunya ditepuk daripada belakang dan seseorang mengambil tempat duduk di sebelah kanannya. Fateh memandang Khairul yang mengangkat kening ke arahnya.
“Ema apa khabar? Dia dah balik Zamora ke?” soal lelaki itu, membuatkan Fateh mengerutkan dahinya.
“Macam mana kau tahu dia tak ada di sini?” Tanya Fateh kembali tanpa menjawab soalan sebenar Khairul.
“Aku jumpa dia di airport tempoh hari. Katanya nak pergi bercuti. Lagipun, video public confession kau itu, tempatnya di airport, kan? Aku tak pasti aku jumpa dia sebelum atau selepas kau jumpa dia. What a day for her,” komen kapten itu.
Fateh diam. Kertas di tangannya dibelek-belek kembali, namun mindanya melayang mengingatkan gadis yang menjadi subjek perbualan mereka itu. Sudah beberapa hari dia tidak berhubung dengan gadis itu. Dia tahu Ema terbang ke Jauzan pada hari dia menjejaki gadis itu di lapangan terbang tempoh hari, namun dia tidak pasti jika gadis itu masih berada di sana atau tidak. Yang dia pasti, Ema masih belum pulang ke Zamora.
“Hai, kapten.”
Sekali lagi Fateh ditegur dan terasa bahu kirinya dipegang lembut. Fateh berpaling memandang Melissa yang senyum kepadanya. Dia berkalih pada tangan Melissa yang masih berada di bahunya sebelum dia menggerakkan bahunya agar tangan gadis itu jatuh secara tidak sengaja. Senyuman gadis itu hanya dibalas dengan senyuman hormat sahaja. Melihat Melissa, dia teringatkan cadangan kakanda iparnya.
Adakah dia perlu meletak jawatan dan berhenti daripada syarikat penerbangan ini, hanya kerana kehadiran Melissa di sini? Sejujurnya, masalahnya dengan Ema berpunca daripada dirinya sendiri, bukannya Melissa. Dia sendiri yang menyebabkan hubungannya dengan Ema pincang. Kalau dia berhenti daripada situ, apa jaminan bahawa tak aka nada lagi perempuan di luar sana yang akan mengejarnya seperti Melissa sekarang? Jikalau dia berhenti, bukankah itu bermakna dia lari daripada masalah?
                “See you again, captens.”
                Fateh tersedar apabila Melissa berlalu daripada situ. Agaknya Melissa perasan bahawa dia sudah tidak melayan karenah gadis itu.
“Fateh, aku tak kacau Ema sebab aku respect kau. Tapi kalau aku dapat tahu kau dengan dia dah tak ada apa-apa nanti, kau tak boleh salahkan aku kalau aku make a move on her,” ucap Khairul.
Fateh pantas berpaling kepada lelaki itu dengan pandangan yang tajam. Rasa marah mula membuak-buak namun ditahannya dengan menggenggam tangannya dengan kuat.
Dont you dare! Jangan sesekali mendekati dia, Khai!”  Fateh memberi amaran dengan nada yang keras. Namun, lelaki itu senyum.
“Kalau, Fateh. Kalau kau tak ada apa-apa dengan dia. Sekarang ni, aku nasihatkan kau supaya jaga dia betul-betul. Mungkin aku tak layak nak bagi nasihat pada kau tapi aku pun tahu nak bezakan perempuan yang sesuai untuk aku jadikan isteri atau tak. Kau akan menyesalkan kalau kau lepaskan Ema hanya untuk teruskan permainan Melissa ni,” ujar Khairul.
Fateh diam sahaja. Dia bukan sengaja hendak bermain, namun dia tetap sudah terjebak.
“Aku harap kau tak buta dan terjebak dengan godaan Melissa. Aku tahu Melissa macam mana. Kau nak jaga hati Melissa tapi hati orang disekeliling kau macam mana?” sambung Khairul lagi.
“Aku hanya anggap Melissa rakan sekerja aku,” balas Fateh.
Thats what you think but thats not what others see.”
Fateh diam, mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khairul dalam hati. Betul. Jika semua orang tahu dia melayan Melissa hanya sebagai rakan sekerjanya, tidak akan timbul masalah antaranya dan Ema, dan juga tidak akan timbul rasa ingin memiliki Ema pada Khairul.

Tengku Muhammad Danish membengkokkan lengannya dan diunjukkan kepada isteri tercinta. Cik Puan Iman menyuakan senyuman manis dan menyauk huluran lengan suaminya.
                “Sedia?” soal Danish dengan sebelah kening diangkat.
Iman membalas dengan reaksi yang sama, sebelum kedua-duanya senyum. Sebenarnya, mereka bukannya hendak menghadiri majlis yang besar, cuma majlis ringkas sempena ulangtahun hari jadi suaminya itu yang dihadiri oleh ahli-ahli kerabat diraja dan kenalan terdekat mereka sahaja. Majlis ini pula hanya diadakan di dalam istana utama sahaja, bukanlah jauh daripada kediaman mereka.
                “Jom.”
                Mereka masuk ke dewan yang berkeluasan sederhana besar yang dipenuhi dengan tetamu-tetamu jemputan mereka. Danish mendekati dan bersalaman dengan tiga orang sahabatnya yang santai di meja paling hampir dengan mereka itu. Iman menyuakan senyuman sebagai tanda sapaan. Apabila dia nampak kelibat sahabat-sahabatnya sendiri, Iman meminta diri daripada kumpulan ini.
                Danish mengelilingi dewan tersebut dan menyapa kaum kerabatnya. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menerima jemputannya ini. Ketika sedang bersembang dengan salah seorang sepupunya, Danish ditegur daripada belakang. Dengan sapaan di bahunya, Danish berpaling.
                “Fateh, ingat tak datang.” Dia bersalaman dan menepuk belakang sahabatnya daripada Zamora itu.
                “Sejak minggu lepas, setiap hari kau ingatkan aku untuk datang. Mahunya aku lupa,” komen pemuda itu.
                Danish tersengih. Kalau Fateh tak datang juga, memang Fatehlah yang rugi.
                “Kau dah makan ke? Kalau belum, makan dulu. Aku ada benda nak beritahu kau,” ucap Danish, menunjuk ke arah meja buffet yang dipenuhi dengan makanan santapan ringan. Sekejap lagi  barulah santapan berat akan dihidangkan di setiap meja.
“Iyalah.” Fateh berlalu.
Danish menghampiri bondanya yang kebetulan sedang memandangnya. Dia berbual seketika dengan tetamu bondanya itu sebelum berlalu ke meja makan yang diduduki oleh Fateh. Daripada jauh, dia nampak wajah Fateh yang seperti tiada perasaan itu.
“Kau ni kenapa? Muka macam terpaksa datang majlis aku sahaja.” Danish mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Saja dia bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Mana ada terpaksa, cuma aku serabut fikirkan sesuatu,” balas Fateh. Kuih yang diambil di meja buffet tadi dikuis-kuis.
“Fikirkan apa? Eh. Silap. Bukan apa, tapi siapa. Siapa? Ema?” soal Danish lagi.
Fateh tidak menjawab soalan kawannya itu. Danish senyum.
“Nampaknya, kau memang betul sukakan dia. Jadi, kau nak buat apa sekarang?” tanya Danish. Siapa tidak tahu kontroversi yang melanda Zamora ketika ini.
Fateh mengeluh.
“Nak buat apa? Aku tak boleh buat apa-apa. Dia dah hilangkan diri lagi. Masa aku kejar dia di airport hari tu, dia nak fly ke Sepanyol tapi lepas tu, aku dah hilang jejak dia,” balas Fateh.
“Well... Memang patut dia jadi ahli skuad elit Zamora. Dia mungkin dah berhenti kerja tapi dia masih boleh gunakan connections dia,” komen Danish.
Fateh berpaling ke arahnya.
“Mana kau tahu dia dah berhenti kerja?” tanya Fateh pula. Dia tidak pernah bercerita masalahnya dengan Ema kepada Danish. Apa yang Danish tahu, mungkin hanya sama dengan apa yang orang awam tahu tentangnya ketika ini.
“Iman kan dah berkawan baik dengan Ema sejak berita kau bawa Ema jumpa ayahanda dan bonda kau. Imanlah yang cerita pada aku,” jawab Danish.
Fateh mengangguk lemah. Dia tahu bahawa kakanda-kakandanya dan Iman ada satu kumpulan dalam Whatsapp. Rasanya mereka juga sudah memasukkan Ema ke dalam kumpulan tersebut. Dia tahu Angahnya mengetahui keberadaan Ema ketika ini. Ketika Ema berada di lapangan terbang tempoh hari, Angahnya juga yang beri amaran kepadanya. Namun, sejauh mana dia merayu kepada Angah dan Achiknya, mereka berdua tetap tidak mahu membuka mulut. Iman juga mungkin tahu . Bulat mata Fateh. Pantas dia menoleh kepada sahabatnya itu.
“Iman! Iman mesti tahu Ema di mana sekarangkan?” Fateh bertanya dengan penuh harapan.
“Aku tak pasti. Iman tak pernah cakap pada aku.” Danish bersandar pada kerusi dan memeluk tubuh. Dia memandang sahabatnya daripada sisi.
"Tapi... Aku boleh bagi hint pada kau,” sambung Danish dengan senyuman nakal.
"Apa?” Fateh menoleh kepadanya dengan malas.
"Dia ada di Darwish."
Fateh terdiam.

"Cik Puan."
Iman berpaling kepada pembantu peribadinya. Wanita itu membisikkan sesuatu ke telinganya, membuatkan dia terdiam seketika. Iman berdiri dan matanya liar mencari kelibat si suami dan sahabatnya. Apabila pandangannya menjamah dua tubuh insan tersebut, langkah kakinya laju bergerak.
"Awak. Fateh." Iman menegur kedua-duanya dengan nada yang cemas. Danish dan Fateh berpaling kepadanya.
"Dear, kenapa ni?" tanya Danish, memegang tangan Iman di bahunya
"Ema..."
Fateh terkebil-kebil memandang Iman. Danish yang melihat reaksi Fateh itu menggeleng sahaja.
"Kenapa dengan Ema?" Danish menyoal bagi pihak Fateh.
"Ema ada di hospital sekarang," bisik Iman.  
"Apa? Kenapa dengan Ema?" Terkejut Fateh mendengar kata-kata Iman. Terbangun Fateh daripada posisi duduknya.
Accident.” Sepatah jawapan Iman.
Danish terdiam. Dia memandang si isteri sebelum memandang Fateh.
"Fateh, aku dan Iman tak boleh tinggalkan majlis ini," ucap Danish, bangun dari kerusi.
"Aku pergi. Hospital mana, Iman?" Fateh memotong kata-kata sahabatnya. Dadanya berdebar-debar. Mindanya mula terbayangkan keadaan Ema yang tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital ketika mereka di Darwish beberapa bulan yang lalu.
Iman memberitahu nama hospital dan Fateh bergegas daripada situ. Danish memandang isterinya dengan perasaan pelik. Reaksi Iman yang sangat  cemas tadi sudah hilang setelah Fateh berlalu, namun dia masih boleh lihat kebimbangan di wajah isterinya itu.
Dear.”
Iman berpaling kepada suaminya. Sebelum lelaki itu menyoalnya, Iman mengatakan bahawa dia perlu menghubungi Hijratul Khairiyah dan Tengku Syifa’ul Asrar untuk memberitahu perkara yang sedang terjadi. Iman berlalu menjauhi suami.
 Berapa kalilah Ema nak masuk hospital ni kan?

Sorry kalau tak panjang sangat. huhu...

7 komen:

salawati abd mubin berkata...

oh nooo emaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Erm sedih...-ct-

eifa arey berkata...

Teruk ke?

muhsinah nik berkata...

betul ke ema accident? gosh~!

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih Haliban. Dari teratak santai/Teratak Anna Abadi akak mengikuti tulisan haliban ni. Sambung lagi ya.

Kmas

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

mana sambgn ni...dh sebln xgantung jer....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©