COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 11 Jun 2016

Takdir Cinta (E&F) -47-


Ema memandang jam dinding pejabat yang sudah menunjukkan pukul dua belas tengahari itu. Nafas panjang dilepaskannya seraya memandang langit biru dan awan putih di sebalik tingkap pejabat itu.
            “Kenapa, Ema?” Amani menepuk bahunya.
            Ema menyuakan senyuman nipis sambil menggeleng sahaja. Dia tidak mahu menceritakan perkara peribadi kepada rakan sejawatannya itu. Mereka baru sahaja tamat taklimat misi skuad Alpha yang terbaru. Taklimat yang sepatutnya bermula pada pukul sebelas pagi itu, diawalkan kepada pukul sembilan pagi secara tiba-tiba.
Akibatnya? Dia terpaksa memungkiri janjinya terhadap tunang-tidak-rasminya. Dia tidak sempat untuk memaklumkan kepada Fateh akan pertukaran jadualnya secara tiba-tiba itu dan sekarang ini, dia pasti Fateh masih belum sampai ke destinasi lagi. Namun, telefon tangannya tetap dicapai dan satu mesej ditaip dan dihantar kepada nombor telefon Fateh. Harap-harapnya, Fateh akan baca dan balas mesej tersebut.
“Ema, aku balik dulu. Jumpa pagi esok,” ujar Amani.
“Jumpa esok,” Ema mengangguk ke arah rakan sepasukannya itu. Misi mereka bermula esok, lalu hari ini skuad mereka diberi pelepasan untuk bersama kaum keluarga masing-masing. Dia juga ingin balik ke rumah emaknya pada hari ini.
Malam itu, Ema duduk bersama adik-adiknya yang sedang membuat kerja sekolah masing-masing. Kadang-kadang Syafiq dan Majid bertanya tentang soalan yang mereka tidak dapat jawab. Mazurah pula lebih suka mencari jawapannya sendiri daripada buku rujukan ataupun melalui internet.
 “Mak, esok Ema outstation,” ujar Ema seraya memandang emaknya yang sedang melipat pakaian di kerusi kayu berhampiran televisyen yang sedang terpasang tanpa suara itu.
“Lamakah?” soal emak.
“Tak pasti lagi, mak. Mungkin tiga minggu,” jawab Ema.
Outstation ke mana, kak?” Mazurah menyampuk.
Ema menggelengkan kepalanya.
“Akak tak boleh cakap.” Sebetulnya, emak dan adik-adiknya sudah tahu bahawa dia adalah seorang pegawai polis. Oleh itu, dia berharap agar ahli keluarganya faham apabila dia mengatakan bahawa dia perlu bertugas di luar negara.
“Macam mana kalau jadi seperti hari itu, kak? Mana Abang Fateh nak cari akak?” Majid pula yang menyoal.
Ema senyum nipis. Dia memandang emaknya kembali. Tampak di wajah tua itu kerisauan yang terbit. Dia tahu, mereka bimbang perkara yang sama berulang lagi. Parut dan kesan luka peristiwa yang lalu juga masih ada pada badannya sebagai bukti. Namun apakan daya, ini adalah tugasannya. Dia adalah seorang pegawai polis dan ahli skuad elit negara. Dia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi negaranya walaupun terpaksa berkorban badan dan nyawa.
“Fateh tahu kamu outstation esok?” Emak bertanya apabila dia tidak menjawab soalan Majid.
Ema menggeleng sebagai jawapan.
“Fateh outstation juga, mak. Ema tak dapat nak hubungi dia. Sibuk agaknya.” Telefon bimbitnya dicapai. Nafas pendek dihela apabila tiada apa-apa perubahan pada skrin telefonnya. Tiada mesej yang masuk mahupun panggilan daripada orang yang disebut oleh emaknya itu.
“Beritahulah sepatah pada dia. Kalau dia cari Ema di sini pun, kami tak tahu kamu ke mana nanti,” nasihat emaknya.
Ema senyum hambar dan mengangguk sahaja. Rasanya, Fateh pun tidak mahu dengar apa-apa tentang dirinya pada ketika ini. Ini hanya anggapannya tetapi Fateh mungkin marah kerana dia memungkiri janjinya untuk menghantar pemuda itu pada pagi tadi. Saat ini, pemuda itu tentu sudah membaca mesej yang dihantar pada pagi tadi, namun sehingga sekarang dia masih belum mendapat balasan mesej tersebut.
“Hati-hati, kak,” ujar Syafik pula.
Ema senyum dan menggosok kepala adiknya yang berada di sebelahnya itu. Terpancar di wajah pemuda itu sedikit kerisauan, namun tentu tidak dapat dibandingkan dengan perasaan emaknya ketika ini.
“InsyaAllah. Jangan bimbang sangat. Tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Peperiksaan nak dekat dah tu,” ucap Ema. Dia sendiri akan berusaha menjaga dirinya agar tidak cedera. Namun, perancangan manusia lemah sepertinya tentulah tidak dapat mengatasi apa yang telah Allah aturkan.
“Mak, kalau ada apa-apa telefonlah Nada. Mak ingat Nada, kan? Housemate Ema. InsyaAllah dia boleh tolong,” sambung Ema, memandang emaknya pula. Dia tidak mahu ahli keluarganya menyusahkan Fateh jika mereka memerlukan bantuan, lagi-lagi sekarang ini lelaki itu seperti tidak mahu diganggu.
Jari-jemarinya pantas berlari di atas skrin telefonnya, ingin menghantar mesej kepada kawannya itu. Antara orang-orang yang terdekat dengannya, hanya Nada yang mengetahui kerja sebenarnya sebagai ahli skuad elit negara. Nada adalah sahabat yang paling dipercayainya. Kerjaya gadis itu sebagai pegawai polis juga membuatkan gadis itu faham akan skop-skop kerja Ema yang sentiasa perlu dirahsiakan.
Selepas menghantar mesej kepada Nada, jarinya mencari nama tunang-tidak-rasminya. Jarinya teragak-agak hendak menekan nama tersebut pula. Hatinya resah hendak meninggalkan Zamora dengan keadaan dia dan Fateh begini. Apatah lagi, dia tidak pasti bila dia akan kembali dan bila dia dapat berhubung semula dengan semua orang.
Tiba-tiba, bertalu-talu bunyi daripada telefon tangannya, menandakan ada mesej yang masuk ke aplikasi Whatsppnya. Spontan dia tersenyum apabila membuka aplikasi tersebut.


Tengku Syifa’ul Asrar created group “Gorgeous Royal Ladies
Tengku Syifa’ul Asrar added you
Tengku Syifa’ul Asrar
Welcome Ema to our group!

Cik Puan Airi
Welcome, Ema. Bertambah juga ahli group kita, ya?

Cik Puan Iman
Hai, Ema! Wah... Akhirnya Ema masuk ke group ni. Dah lama saya tunggu.


Thanks, semua. Hehe... Malu pula saya. Macam tak layak hendak masuk ke group ni. Cik Puan Iman pun ada rupanya.
Cik Puan Iman:
Tak payah cik puan sangatlah, Ema. Kat sini, kita tak ada darjat sangat. Kan, Kak Airi, Kak Asrar?

Tengku Syifa’ul Asrar:
Eh, Iman dah kenal Ema? Ha ah, Ema. Panggil akak Kak Asrar saja, atau Achik terus pun tak apa. Hihi. Tak lama lagi bakal jadi isteri Ateh, kan...

Cik Puan Airi
Betul tu. Panggil Kak Airi atau Angah pun boleh, Ema. Macam mana Iman boleh kenal Ema?

Cik Puan Iman
Lah...Tak tahu ke? Iman dah jumpa Ema masa Ema pergi Darwish hari tu. Ema datang dinner di istana dengan Fateh.

Tengku Syifa’ul Asrar
Cis... Rupanya, Iman adalah orang pertama tahu tentang Ateh dan Ema ya?

Cik Puan Iman
Yup!


Err... Saya panggil Kak Airi dan Kak Asrar dahululah ya. Segan pula.
Cik Puan Airi
Tak payah segan, Ema. Achik dah masukkan Ema ke dalam group ni. That’s mean, you are officially our sisters. Right, ladies?

Tengku Syifa’ul Asrar
Yay!

Cik Puan Iman
Righto! Anyway, kita patut celebrate!

Tengku Syifa’ul Asrar
Celebrate macam mana? Awak tu duk Darwish sana tu, Iman oi~

Cik Puan Iman
Kak Asrar, apa guna jadi puteri mahkota kalau tak boleh pergi ke Zamora dalam masa 24 jam? Kan, Kak Airi? Heh.

Cik Puan Airi
Penyalahgunaan kuasa.

Cik Puan Iman
;P

Tengku Syifa’ul Asrar
>.<

Cik Puan Iman
Kita tetapkan masa dan tempatlah dulu. Then, bolehlah Iman rancang macam mana nak pergi. Kalau tak dapat pergi juga, Iman boikot Danish. Hahaha...

Cik Puan Airi
Haha... Kak Airi okey saja. Ema macam mana? Bila Ema free?


Eh? Betul-betul nak celebrate Ema ke?
Tengku Syifa’ul Asrar
Lol. Iyalah, Ema. Better, kita patut buat secret gathering. Suami-suami dan tunang tak boleh tahu!

Cik Puan Iman
Hah! Iman setujuuuuuu...

Cik Puan Airi
Kak Airi pun setuju. Hihi... Ema?


Alamak... Macam mana ya? Esok Ema dah mula bertugas.
Tengku Syifa’ul Asrar
Hari minggu pun Ema tak free?


Kerja Ema tak tentu masa kak. Buat masa sekarang, Ema tak pasti lagi bila tugasan Ema yang ini akan habis.
Cik Puan Airi
It’s okay. Kami faham.

Cik Puan Iman
Tak apa, Ema. Kita boleh bila-bila masa. Yang penting, Ema kena ada sebab kita nak celebrate Ema.






Ema senyum. Agak ramah juga tiga wanita diraja itu dengannya. Di pula yang segan dengan mereka. Dia adalah seorang pegawai yang dilatih untuk menghormati mereka yang berpangkat dan berdarjat lebih tinggi daripadanya. Jikalau segala arahan daripada orang atasannya mampu dilaksanakan, dia akan berusaha untuk melaksanakan tugasan tersebut. Sekarang ini, puteri dan puteri mahkota Zamora hendak dia memanggil mereka berdua Achik dan Angah? Allah… Dia jadi terharu.
“Siapa, kak? Abang Fateh?” Mazurah menyampuk sambil cuba untuk mengerling apa yang tertera di skrin telefonnnya. Ema membulatkan mata ke arah adiknya itu.

Fateh merenung skrin telefonnya. Dia mendapat 3 panggilan dan 3 mesej daripada Ema, namun dia langsung tidak membalas panggilan dan mesej gadis itu. Ditenung sahaja nama Ema di skrin telefonnya itu. Mengapa dia tidak menghubungi gadis itu kembali? Entah. Sejak gadis itu tidak muncul untuk menghantarnya bertugas beberapa hari yang lalu, dia tiba-tiba berasa tawar hati dengan gadis itu.
            Ting tong… Loceng bilik hotelnya berbunyi. Fateh bangun daripada pembaringannya di katil itu. Pintu bilik dibuka.
“Hai, Tengku.”
“Melissa. Iya?” Fateh memandang Melissa yang berdiri di hadapan bilik hotelnya itu. Mengapa gadis itu datang ke biliknya?
“Tengku belum makankan? Jom kita makan malam sama-sama, Tengku,” ajak gadis itu.
Fateh diam seketika. Dia sudah menolak pelawaan gadis itu untuk makan tengahari bersama-sama tadi. Namun, untuk menolak ajakan Melissa untuk kali kedua, rasanya macam tidak patut pula. Lagipun, Melissa bukannya orang lain, rakan sekerjanya juga. Fateh memandang gadis itu yang masih sedang menyuakan senyuman kepadanya. Lantas, dia mengangguk setuju.


1 komen:

Siti Khatijah Diana Mohd Hatta berkata...

Salam kenal. Jemput singgah di blog saya. Done follow :)

ctkhatijahdiana.blogspot.my

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©