COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 15 Julai 2016

Takdir Cinta -48-

Tiga minggu. Tiga minggu dia tidak berhubung dengan Ema. Dia menghela nafas. Skrin telefon di tangannya dipandang untuk kesekian kalinya. Menunggu sesuatu yang tidak pasti. Dia tahu dia ego pada saat ini. Dia menunggu panggilan atau pun mesej daripada Ema, tetapi dia sendiri tidak menelefon atau menghantar mesej kepada gadis itu. Fateh menghela nafas sekali lagi.
“Ateh, mengeluh sahaja bonda tengok dari jauh tadi. Ada masalah besar ke?”
Fateh berpaling, memandang bondanya yang mengambil tempat duduk di kerusi sebelah. Senyuman nipis dihulurkan kepada Wanita Pertama negara itu.
“Tak ada apa-apalah, bonda.”
Bondanya hanya senyum dan menggeleng kecil.
“Ateh tu anakanda bonda. Bonda kenal Ateh lebih daripada orang lain. Orang lain nampak Ateh okey tapi bonda nampak Ateh gelisah sahaja. Kenapa?”
Fateh memandang wajah bondanya. Garis-garis usia lanjut sudah tampak pada wajah itu namun bagi dirinya, wajah itu adalah wajah yang paling menyejukkan hati di dunia ini.
“Ateh sayang bonda,” ucap Fateh tiba-tiba, membuatkan bondanya itu berpaling dengan kening terangkat.
“Tiba-tiba sahaja ni, kenapa?”
Fateh tersengih. Dia bersandar dan mengangkat wajah, memandang awan di langit biru, daripada bawah astaka istana itu. Walaupun dia seorang juruterbang yang sentiasa bergelut dengan awan di hadapan mata, tetapi merenung awan daripada jauh begini tidak pernah menjadi satu kebosanan bagi dirinya. Itu adalah salah satu kebesaran-Nya.
“Bonda…” Panjang panggilannya pada si bonda. Sahaja ingin bermanja.
“Iya, Ateh. Kenapa? Masalah kerja?” soal bonda.
Fateh menggeleng kecil.
“Kalau bukan kerja… Masalah dengan Ema?” teka bondanya lagi.
Fateh diam, tidak memberi reaksi. Tepat sekali tekaan wanita itu. Memang dia sudah biasa dengar bahawa lelaki hanya mempunyai masalah dengan dua perkara; kerja atau perempuan. Dia tersenyum nipis sendiri. Nampaknya, dia sendiri sedang menghadapi keadaan ini.
“Kenapa susah sangat hendak faham seorang perempuan ni, bonda?” tanya Fateh tanpa mengalih pandangnya. Memandu kapal terbang di awan biru sana lebih senang daripada memahami seorang perempuan, fikir Fateh.
Kedengaran si bonda ketawa, namun Fateh tidak berpaling kepada wanita itu.
“Apa yang Ema sudah buat sampai Ateh pening-pening sebegini? Dahsyat juga Ema ini ya.”
Fateh tidak menjawab. Kalau difikirkan kembali, apa yang Ema buat bukanlah masalah besar. Ema cuma tidak datang menghantarnya bekerja seperti yang dijanjikan, dan dia terus merajuk tanpa mahu mendengar penjelasan gadis itu. Dia? Merajuk? Itulah yang mindanya sendiri hairan dengan hatinya.
“Pasangan suami isteri pun ada pergaduhan mereka, apatah lagi Ateh dan Ema yang masih belum ada apa-apa hubungan. Berselisih faham itu perkara biasa dalam perhubungan. Sebab itu, perlu ada seseorang yang sentiasa mengalah. Mengalah bukan bererti salah, Ateh,” ujar bondanya.
“Dah berbincang betul-betul dengan Ema ke tentang masalah kamu berdua ni?” soal bonda.
Fateh menggeleng kecil.
“Ateh dah lama tak jumpa dia.”
“Bukan bulan lepas ke Ateh baru bawa dia jumpa kami?”
Fateh mengangguk. Bondanya tentu hairan.
“Keesokkannya, Ateh fly. Hari itu kali terakhir Ateh jumpa Ema, bonda,” jelas Fateh.
“Tak bertegur sapa sampai sekarang?” tanya wanita itu lagi.
“Tak. Dia dah lama tak mesej atau call Ateh,” jawab Fateh. Betul. Dia sudah tidak dihubungi oleh Ema lagi selain 3 panggilan dan 3 mesej yang diterimanya ketika dia sedang berada di Mesir tempoh hari. Dia juga tidak dihubungi oleh adik-adik atau emak gadis itu. Jadi, mungkin Ema hanya baik-baik sahaja sekarang.
“Ateh pula?”
“Maksud bonda?” Fateh berpaling kepada wanita itu dengan kerutan di dahi.
“Iyalah. Ateh ada mesej atau call dia?”
Sekali lagi dia diam tidak menjawab. Menjawab ‘tidak’ akan membuatkan dia kelihatan seperti seorang lelaki yang ego. Menjawab ‘ya’ akan membuatkan dia tidak bercakap benar.
“Ini dah kenapa? Bonda ingat Ema yang merajuk dengan Ateh. Rupanya Ateh yang merajuk dengan Ema.” Akhirnya, wanita itu ketawa, membuatkan Fateh berpeluk tubuh.
“Tak macho orang lelaki merajuk, tahu. Ateh…”
Panggilan bondanya di hujung membuatkan Fateh berpaling menghadap wanita itu.
“Jangan sebab Ateh putera raja, Ateh ambil mudah perasaan Ema. Ateh putera raja, ramai orang yang nak mendekati Ateh. Tapi Ateh juga perlu ingat, Ema juga bukan orang sebarangan walaupun dia bukan seorang diraja. Kalau Ateh tak mahukan dia, ramai lagi yang hendak jadikan dia sebagai pendamping. Sekarang, orang tak pandang sangat rupa. Ema tu mempunyai perwatakan dan pengalaman yang bukan semua orang ada, Ateh.”
Fateh menghela nafas panjang mendengar kata-kata bondanya. Apa yang dikatanya oleh wanita itu, satu pun dia tidak boleh bangkang kerana semua itu benar belaka.
“Ateh…” Bondanya ingin menyambung namun bunyi deringan telefonnya mengganggu mereka berdua. Fateh memandang nama pemanggil sebelum mencapai telefonnya itu. Bondanya dipandang dengan serba salah.
Sorry, bonda. Ateh angkat telefon ni sekejap ya.”
Wanita Pertama Zamora itu mengangguk dan memandang langkah anakanda bongsunya yang berlalu menjauh sedikit daripada astaka itu. Dengan kehidupan pemuda itu sebagai seorang putera raja, Fateh membesar menjadi seorang yang mempunyai bentuk badan fizikal yang mantap dan wajah yang tampan. Namun dia bersyukur anakandanya itu membesar dengan baik dan tidak pernah mengambil kesempatan menggunakan nama dan darjat mereka.
“Bonda, Ateh minta maaf. Ateh kena pergi sekarang. Kereta kawan Ateh rosak, dia minta tolong Ateh,” ujar Fateh, mendekati bondanya kembali.
Permaisuri Zamora itu hanya mengangguk. Takkanlah dia hendak halang Fateh membantu ‘kawannya’?
Fateh mencapai dan mencium lembut tangan bondanya sebelm berlalu daripada situ.
Wanita Pertama Zamora yang merenung belakang anakandanya itu hanya menggeleng sendiri. Bukan dia tidak nampak nama pemanggil yang menelefon anakanda bongsunya itu. Melissa. Dia tidak pasti sebaik mana hubungan Fateh dengan gadis yang bernama Melissa itu, namun dia berharap agar Fateh ingat akan nasihatnya tadi. Dia tidak mahu hidup anakandanya sengsara di kemudian hari. Ibu mana yang tidak sayangkan anak walaupun anakandanya itu sudah dewasa dan tahu mana baik dan buruk sesuatu perkara.
“Ateh pergi mana,bonda?” Menantunya yang baru sahaja melangkah ke astaka itu bertanya.
“Kawan dia telefon tadi, kereta rosak,” jawab wanita itu ringkas. Dia kemudiannya berpaling menghadap menantu sulungnya yang mengambil tempat duduk Fateh tadi.
“Airi ada berhubung dengan Ema?” soalnya.
“Ada, bonda tapi kali terakhir Airi dengar khabar dia adalah sebelum dia pergi bertugas dalam tiga minggu lepas.”
Wanita Pertama Zamora itu terdiam. Tiga minggu sudah Ema bertugas, bermakna tiga minggu juga Ateh tidak berhubung atau bertemu dengan Ema.
“Ema ada beritahu bila tugas dia tamat?”  Dia bertanya lagi.
“Tak ada pula, bonda. Bonda nak jumpa Emakah? Airi boleh tolong beritahu dia bila dia sudah balik nanti.”
Permaisuri Zamora itu hanya menggeleng. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan anakanda-anakandanya. Biarlah mereka menyelesaikan urusan dan masalah mereka sendiri, kecuali anakanda-anakandanya meminta tolong daripadanya sendiri.

Ema menghela nafas panjang, menghirup udara pagi Zamora setelah hampir sebulan dia bertugas di luar negara. Jejak sahaja kakinya di bumi Zamora itu semalam, dia terus pulang ke rumah emaknya. Biarlah rakannya yang lain mengatakan bahawa dia anak emak, dia tidak kisah. Baginya pada zaman sekaranglah dia perlu menjadikan emaknya sebagai orang yang paling penting dalam hidupnya.
            “Kak.”
            Ema yang berada di tangga rumah itu berpaling kepada Majid yang berada di pintu masuk rumah.
“Mak panggil makan sarapan,” ujar pemuda itu sebelum berlalu setelah dia mengangguk.
Sekali lagi Ema menghirup udara segar pagi itu sebelum dia bangun bergerak masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur.
“Rindunya dengan masakan mak,” ucap Ema, mengambil tempat duduk di meja makan bersama-sama adik-adik dan emaknya. Bau nasi lemak dan sambalnya memenuhi ruang dapur membuatkan Ema bertambah rindu akan masakan emaknya dan tidak sabar hendak menjamu selera.
“Hari ini akak hendak ke mana-mana ke?” soal Mazurah sebelum mula menyuap makanan.
“Ya. Akak nak keluar sekejap lagi. Ada janji dengan Tengku Syifa’ul Asrar. Kenapa?” soal Ema kembali, sambil mengisi pinggannya dengan nasi lemak, sambal dan telur.
Kembalinya dia ke Zamora, semalam terus dia membuka telefon peribadinya dan bertalu-talu mesej yang masuk, terutamanya daripada aplikasi Whatsapp. Satu mesej Whatsapp yang sampai kepadanya adalah daripada Tengku Syifa’ul Asrar yang mengajaknya bertemu apabila dia sudah tamat tugasan. Terus sahaja dia membalas mesej Whatsapp wanita itu.
“Wah, kak. Sekarang asyik meeting dengan orang besar sahaja,” usik Majid.
“Hah. Jangan main-main dengan akak. Walaupun akak anggota polis sahaja, akak kenal ramai orang,” jawab Ema, mengangkat sebelah keningnya beberapa kali.
“Anggota polis biasa mana ada bertugas di luar negara lama-lama,” telah seorang lagi adiknya, Syafik.
Ema diam dan memandang adik lelakinya itu seketika, mencari idea untuk menjawab. Almaklumlah, dia tidak boleh memberitahu sesiapa tentang kerjanya sebagai ahli skuad elit.
“Mana Syafik tahu? Syafik bukannya pernah jadi anggota polis. Tanggungjawab seorang pegawai polis bukan setakat menangkap penjahat dan penjaga keamanan negara, banyak lagi tahu. Cuba Syafik tanya cikgu di sekolah, adakah tugas mereka hanya mengajar sahaja? Mereka ada banyak lagi tanggungjawab lain tapi mengajar adalah tugasan utama mereka. Nak tahu kerja sebenar anggota polis, cubalah jadi anggota polis sendiri” jawab Ema panjang lebar dan akhirnya mencabar adiknya.
Syafik membuat muka.
“Tak naklah jadi anggota polis macam akak. Selalu tak ada di rumah. Syafik yang tengok ni pun rasa penat,”balas pemuda itu, membuatkan Ema menggelengkan kepalanya.
“Semua jenis kerja akan buat kita rasa penat. Syafik ingat CEO sesebuah syarikat tu kerja goyang kakikah? CEO syarikat pun banyak perkara yang dia perlu fikirkan. Semua tu akan membuatkan dia rasa penat. Tanam dalam minda Syafik tu, jangan hendak hidup senang sahaja. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,” nasihat Ema. Dia tidak mahu adiknya yang masih bersekolah itu hanya fikir hendakkan sesuatu dengan senang sahaja.
“Sudah sudah lah tu. Sarapan dulu. Lepas sarapan sambung lagi,” sampuk emak mereka. Mereka semua bersarapan dengan penuh berselera.
“Mak, Ema minta maaf sebab selalu kena bertugas di luar,” ujar Ema ketika membantu emaknya mengemas dapur. Adik-adiknya sudah keluar daripada dapur, menonton televisyen atau membuat kerja sekolah barangkali.
Sebenarnya, Ema sedikit sentap apabila Syafik menyebut bahawa dia sentiasa tiada di rumah dan sentiasa terpaksa bertugas di luar negara. Ema berasa sangat bersalah kepada emaknya.
“Tak perlu minta maaf, Ema. Mak tahu itu kerja kamu,” jawab emak yang selama in tidak pernah merungut tentang kerja-kerjanya.
“Ema dah letak jawatan, mak. Yang Ema baru balik ini adalah kerja terakhir Ema,” beritahu Ema. Sebenarnya emaknya memang sudah maklum tentang perkara ini, Cuma dia ingin mengingatkan dan menegaskan kepada emaknya bahawa dia sudah berhenti. Secara tidak rasminya, dia sudah menganggur sekarang ini. Ini adalah apa yang dijanjikannya kepada Tengku Fateh Abqari.
“Baguslah. Kalau Ema sudah kahwin nanti, tak elok tinggalkan suami lama-lama.”
Ema mengangguk sahaja. Ketika menjalankan tugasnya selama ini, dia sentiasa bersyukur bahawa dia masih belum berpunya. Statusnya sebagai seorang yang masih belum berkahwin membuatkan orang atasannya senang untuk menghantarnya ke mana-mana misi penting.
Sejam kemudian, Ema memasuki sebuah pasaraya terkemuka di negara itu. Dia sudah berjanji dengan Tengku Syifa’ul Asrar untuk bertemu di sebuah restoran. Sambil berjalan, dia memandang kiri dan kanannya. Nasib baik hari ini bukan hari minggu, tidak ramai sangat orang yang berada di pasaraya ini.
Skrin telefon bimbitnya dipandang untuk melihat waktu. Namun, apabila matanya terpandangkan ikon Mesej, dia tiba-tiba teringatkan adinda kepada Tengku Syifa’ul Asrar. Hatinya mendesak supaya dia menghantar mesej kepada lelaki itu namun, mindanya menghalang kerana tidak mahu lelaki itu menganggap dirinya terhegeh-hegeh. Ema menghela nafas panjang sebelum melebarkan pandangannya ke sekeliling. Manalah tahu jika dia boleh terserempak dengan insan yang sedang difikirkannya itu di pasaraya ini. Apa yang dia tidak sangka adalah Allah makbulkan permintaan kecil hatinya.
Ema terkaku di situ. Jantungnya mula mengepam dengan laju apabila matanya memandang tubuh insan yang sedang difikir-fikirkannya. Bibirnya mula tersenyum dan hatinya tergerak untuk bertemu dengan lelaki yang sedang duduk di dalam sebuah restoran itu. Namun, dia tidak sempat melangkah lagi apabila menyedari bahawa Tengku Fateh Abqari bukan keseorangan di situ. Senyumannya mula pudar.
Matanya mengikut pergerakan Fateh yang bangun daripada meja dan mengiringi seorang gadis keluar daripada restoran tersebut. Melihat merea berdua senyum dan bergelak ketawa membuatkan hatinya tiba-tiba sakit. Fateh dan Melissa, bukan ini yang dia sangka apabila dia pulang ke Zamora selepas beberapa minggu ini.
Ema memandang telefon skrinnya sebelum tangannya bergerak ke ikon Panggilan. Nombor Fateh dicari sebelum telefon itu didekatkan dengan telinganya, sementara matanya mengikut langkah kaki kedua-dua insan itu dari situ sahaja. Dari situ sahaja, dia melihat Fateh berhenti dan menjauh sedikit daripada Melissa sebelum menjawab panggilan telefon daripadanya itu.
“Assalamualaikum, awak,” ucap Ema, mengawal suaranya supaya kedengaran biasa. Ini kali pertama Fateh menjawab panggilannya setelah beberapa minggu mereka tidak berhubung.
“Waalaikumussalam.” Hanya sepatah jawapan lelaki itu, menjawab salamnya. Ema senyum tawar.
“Awak sihat? Boleh kita jumpa?” soal Ema. Matanya masih memandang tubuh lelaki itu. Melissa pula hanya diam berdiri selangkah di belakang lelaki itu.
“Saya ada di tempat kerja ni.”
Jawapan lelaki itu membuatkan senyuman tawar di bibir Ema terus pudar. Hatinya yang terasa sakit sedikit tadi terus berasa pedih. Ema menggenggam tangannya dan menepuk dadanya lembut beberapa kali dan menghela nafas panjang.
“Okey. I got to go too. Assalamualaikum,” ucap Ema seraya mematikan panggilannya. Dia berpaling daripada menmandang dua insan tersebut. Dia menggeleng sendiri. Dia boleh terima Fateh tidak mahu bercakap dengannya atau masih merajuk dengannya. Satu sahaja dia tidak boleh terima, Fateh tidak jujur kepadanya. Tidak jujur adalah satu perkara yang paling dibencinya.

Fateh menghembuskan nafas kasar. Dia meraup rambutnya ke belakang. Ema menelefonnya namun dia menjawab acuh tak acuh dan tidak berterus-terang sehingga gadis itu sendiri yang menamatkan panggilan tersebut.
            “Tengku, okey?”
            Suara yang menegur daripada belakang itu, memuatkan dia berpaling dengan senyuman nipis. Melissa. Mereka berdua baru sahaja selesai makan tengahari bersama-sama. Semasa dia bersama bondanya tadi, dia mendapat panggilan daripada Melissa kerana kereta gadis itu rosak. Selesai menguruskan kereta gadis itu, Melissa mengajaknya makan tengahari tanda berterima kasih.
            “Jom?” ajak gadis itu.
            Fateh mengangguk dan mula melangkah mengikut gadis itu. Telefonnya tiba-tiba berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Mesej daripada Ema, membuatkan langkah kakinya sekali lagi terhenti. Jantungnya mula berdegup kencang apabila membaca mesej tersebut.


Awak dah tak perlukan saya lagi.

Saya doakan awak bahagia dengan pilihan

yang ada dengan awak sekarang,

Tengku Fateh Abqari.


Fateh tersentak. Dia memandang insan yang berada di sebelahnya saat itu sebelum matanya mengalih pandang ke arah sekeliling. Adakah Ema tahu bahawa dia sedang keluar bersama Melissa sekarang? Adakah Ema berada berhampiran dengan mereka saat ini? Fateh berpaling ke kiri, kanan dan belakangnya. Matanya kalut mencari-cari tubuh Ema.
“Tengku, kenapa? Tengku cari apa?” Melissa hairan apabila melihatt gelagat lelaki itu yang seperti sedang mencari sesuatu.
Fateh tidak membalas dan menghiraukan gadis itu. Apa yang penting sekarang adalah Ema. Ema tentu berada di pasaraya ini dan Nampak dia bersama Melissa sedangkah ketika panggilan tadi, dia memberitahu bahawa dia berada di tempat kerjanya. Tangannya pantas menelefon Ema.
“Tengku,” panggil Melissa lagi.
Fateh berpaling kepada gadis itu dengan wajah yang resah.
“Melissa. Saya minta maaf. Saya ada hal sedikit. I’ll see you later, okay?”
Fateh terus berlalu sebelum sempat mendengar jawapan gadis itu. Dia pasti gadis itu boleh pulang sendiri daripada sini. Apa yang lebih penting sekarang, dia perlu bercakap dengan Ema. Gadis itu sudah tidak menjawab panggilannya walaupun baru sahaja beberapa minit yang lalu mereka bercakap.
“Ema… Jawablah. I’m sorry…”

“Ema… Kenapa tiba-tiba begini?” Asrar benar-benar terperanjat. Dia memandang cincin yang dihulurkan oleh gadis di hadapannya itu. Cantik. Pandai adinda bongsunya pilih, namun sayang, si gadis ingin mengembalikan cincin tersebut. Asrar memandang gadis yang menunduk sahaja daripada tadi.
"Ema seriuskah ini? Ema dan Ateh ada masalahkah? Sudah berbincang baik-baik?" soal Asrar lagi. Apa sebenarnya yang terjadi antara Fateh dan Ema ini? Tiada ribut, tiada hujan, tiba-tiba sahaja Ema ingin mengembalikan cincin Fateh melalui dirinya. Dia langsung tidak menyangka ini yang menantinya saat dia mengajak Ema untuk bertemu pada pagi tadi.
"Ema tak nak halang dia, Kak Asrar. Ema tak nak mengikat dia. Kalau dia sudah jumpa kebahagian sebenar dia, Ema rasa baik Ema pulangkan cincin. Begini lebih baik, kami masih belum ada apa-apa hubungan secara rasmi," jawab Ema dengan suara perlahan.
Asrar menghela nafas. Ema langsung tidak menjawab soalannya.
“Ema, cerita pada akak. Apa sebenarnya yang terjadi? Sejak bila Ema dan Fateh ada masalah ni?” soal Asrar lagi. Kalau sampai Ema hendak memulangkan cincin, dia rasa masalah mereka adalah masalah besar. Apa tidaknya, Ema juga sudah bertemu ayahanda dan bonda mereka.  Hubungan Fateh dan Ema sudah berada di peringkat yang serius. Bukan senang hendak memutuskan apa yang sudah terjalin, walaupun bukan hubungan rasmi.
“Fateh sudah jumpa orang yang lebih sesuai untuk dia, Kak Asrar. Ema tak standing dengan sesiapa. Fateh tahu sejarah Ema. Ema ada parut di seluruh badan dan dimuka ini. Ema rasa, sebelum ini Fateh hanya berasa kasihan pada Ema sahaja. Sekarang, dia sudah jumpa orang yang lebih sekufu dengan dia dan keluarga diraja, kak. Ema bukan sesiapa lagi,” jawab Ema dengan suara yang pasrah.
Asrar terdiam. Betulkah apa yang Ema katakan ini? Dalam beberapa minggu ini sahaja, Fateh sudah bertemu dengan orang lain dan Ema sudah diketepikan? Dia memandang gadis di hadapannya itu. Ema sedang memandang luar restoran. Gadis itu kelihatan tenang, namun mendengar apa yang diperkatakan oleh gadis itu tadi, dia pasti hati gadis itu tidak tenang.
Seorang pelayan datang menghantar makanan yang dipesan oleh mereka tadi.
“Kita makan dulu, Ema. Lepas makan, kita fikir macam mana hendak selesaikan masalah Ema dan Fateh ini, ya,” ujar Asrar seraya mindanya pantas berpusing dan berfikir.
“Tapi kak…”
“Kita makan dahulu, Ema,” putus Asrar, tidak mahu Ema membuat keputusan sekarang. Cincin yang dihulurkan oleh Ema tadi juga masih belum diambil. Biar Ema memegang sendiri cincin tersebut. Dia melihat Ema yang makan makanannya dengan perlahan sahaja. Asrar mencapai telefonnya dan satu mesej pendek dihantar kepada adinda lelakinya yang satu itu.
 Setengah jam kemudian, pinggan-pinggan makanan sudah ambil oleh para pelayan dan digantikan dengan pencuci mulut.
“Ema, Kak Asrar tak sangka Ema akan cakap perkara ini. Tadi akak ajak Ema jumpa untuk bergosip sahaja,” ujar Asrar, mengundang senyuman kecil di bibir Ema.
“Ema sebenarnya tunggu keputusan Fateh, tapi tadi Ema sudah lihat sendiri keputusan dia di hadapan mata Ema, Kak Asrar. Ema tak salahkan dia. Ema sedar Ema tak layak untuk dia dan keluarga diraja, kak. Dia berhak pilih yang terbaik untuk dia dan keluarga diraja, kak,” balas Ema. Cincin berserta rantai yang daripada dari berada di atas meja itu diambil dan sekali lagi dihulurkan kepada puteri Negara Zamora itu.
“Fateh nampaknya memang tak mahu jumpa Ema, kak. Jadi, Ema minta tolong Kak Asrar sampaikan semula cincin ini pada tuannya. Ema minta maaf sebab terpaksa susahkan Kak Asrar begini.”
"No!"
Cincin yang dihulur, bertukar tangan sebelum sempat Asrar mencapainya. Ema terkejut. Dia pantas berpaling, memandang insan yang berani mengganggu perbualannya dengan Tengku Syifa'ul Asrar itu. Kala itu, dia terpaku seketika sebelum memandang wanita di hadapannya. Asrar menjungkitkan bahu kepadanya. Lalu, Ema berpaling ke arah lain, biar pandangannya langsung tidak menjamah kelibat lelaki yang sedang berdiri di sebelah mejanya itu.
“Apa ni, Ema? Jangan buat keputusan terburu-buru, boleh tak?” Lelaki itu menyoal, membuatkan Ema tersentak.
“Ateh… Duduk dahulu. Ateh dan Ema boleh berbincang elok-elokkan?” Asrar yang melihat wajah Ema berubah itu, cepat-cepat mencelah. Nada suara Fateh yang seperti ingin menyalahkan Ema itu sudah tentu membuatkan Ema terasa hati.
“Ateh, duduk. Ema, bincang dahulu dengan Ateh. Okey?” Asrar bangun daripada duduknya dan berlalu daripada situ. Dia berharap agar adinda-adindanya dapat menyelesaikan masalah mereka dengan aman. Janganlah hasrat Ema untuk putus hubungan diterima oleh Fateh
Ema memandang bakal-kakanda-ipar-tak-jadinya itu berlalu. Kalau boleh, dia hendak bangun saat itu dan balik sahaja, tapi betul kata wanita itu tadi. Dia perlu berbincang dahulu dengan Fateh. Mungkin mereka boleh berpisah dengan baik. Fateh mengambil tempat di hadapannya tetapi dia tidak memandang pemuda itu.
“Ema, it’s not what you think. Saya tak tahu awak ada di sini.” Fateh memulakan bicara namun kata-kata pemuda itu membuatkan dia tergelak sinis.
Awak nak saya fikir apa, Tengku? Awak nak jelaskan apa sebenarnya yang berlaku? Beritahu saya sekarang bahawa saya hanya salah faham. Beritahu saya sekarang bahawa awak bukannya sedang keluar dengan Melissa ketika saya menelefon awak tadi. Beritahu saya sekarang bahawa awak memang sedang berada di tempat kerja awak tadi,” balas Ema. Dia tidak mahu berbicara berbelit-belit. Lebih elok jikalau mereka berterus terang sahaja.
Namun sayang, Fateh hanya diam. Tiada jawapan.
"Saya tak halang awak keluar dengan sesiapa pun kalau awak ada urusan, tapi hanya satu perkara yang paling saya benci dalam dunia ini, Tengku. Orang yang tidak jujur dengan saya. Sekali sahaja seseorang itu tidak jujur dengan saya, seluruh kepercayaan saya terhadap dia akan hilang sepenuhnya, Tengku.” Ema menghela nafas. Dia cuba untuk menenangkan hatinya dan menghalang air matanya daripada keluar. Iya, dia sedih untuk menamatkan hubungan mereka namun dia tidak mahu lagi menangis kerana seorang lelaki. Dia adalah seorang bekas ahli skuad elit negara. Dia mempunyai hati yang kental. Dia tidak mahu lemah di hadapan seorang lelaki.
Cara…”
“Saya tak pernah paksa Tengku untuk terima saya. Saya sudah faham, Tengku hanya kasihankan saya dulu. Sekarang, Tengku sudah jumpa orang yang sesuai dengan Tengku. Saya tak pernah salahkan Tengku dan saya memang bersedia untuk semua ini sejak daripada mula lagi. Cincin itu, saya pulangkan semula kepada Tengku supaya Tengku boleh beri kepada yang lebih berhak ke atasnya.”
No, Ema! Awak tak boleh pulangkan cincin ini. Awak tak boleh putuskan hubungan kita.”
Ema ketawa kecil, dengan hati yang pedih. Fateh sudah ada orang lain, tetapi tidak mahu lepaskan dirinya?
“Awak tak boleh pentingkan diri sendiri begini dan saya tak suka berkongsi, Tengku. Saya minta maaf. Tengku sudah ada Melissa. Saya rasa hidup Tengku sudah sempurna dengan ...”
“Saya tak ada hubungan apa-apa dengan Melissa. Percayalah, Ema,” potong Fateh.
Ema memandang tepat mata pemuda di hadapannya.
“Jangan cakap tentang kepercayaan dengan saya, Tengku. Tengku sudah musnahkan semuanya tadi. Kalau Tengku tiada apa-apa hubungan dengan dia, kenapa Tengku menipu saya tadi?” soal Ema akhirnya.
Fateh terdiam lagi. Dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan Ema. Ketika Ema menelefonnya tadi, dia masih merajuk dengan gadis itu dan hendak menyakitkan gadis itu.
“Kalau Tengku hendak sakitkan hati saya, Tengku boleh sahaja berterus terang bahawa Tengku sedang keluar dengan Melissa. Kenapa perlu berselindung seperti tadi, Tengku? Saya tahu jawapannya. Tengku sudah tawar hati dengan saya sebab Tengku sudah ada Melissa.” Ema membuat kesimpulannya sendiri.
“Bukan macam tu, cara…”
Ema menggeleng sendiri. Hati lelaki di hadapannya sekarang ini masih berbolak balik. Soalannya tadi pun, Fateh belum ada jawapan sendiri. Itulah realitinya. Allah SWT itu sekelip mata sahaja boleh membolak-balikkan hati hamba-hambaNya.
“Saya perlukan seorang lelaki yang setia, faham saya dan sentiasa jujur dengan saya, Tengku. Kalau Tengku rasa saya kolot, saya rasa lebih baik we end it here and now. Tengku lebih bebas berkawan dengan sesiapa yang Tengku mahu tanpa ada orang yang boleh mempersoalkan hidup Tengku,” putus Ema. Memandangkan lelaki itu tidak langsung menjawab kata-katanya, Ema meminta diri daripada situ. Dia sudah cakap apa yang dia hendak cakap. Sekarang, Tengku Fateh Abqari hanya perlu membuat keputusan yang muktamad sahaja.


Entry yang lepas,  tak ada orang pun komen ehhh... Yang ni dah panjanggg kaaannn... Komen tau! ^___^

Apa yang kawan-kawan boleh komen adalah...
i) apa perasaan baca TC ni? hihi...
ii) apa Ema patut buat?
iii) apa Fateh patut buat?
iv) apa cer dengan Melissa ni pula?
v) adakah perlu campur tangan keluarga diraja? jeng jeng jenggg...  

hihi... demand cik haliban ni, padahal entry bukannya selalu up pun. hihi

  Tak paksa tau. Kalau rajin dan rasa nak entry lain cepat-cepat, boleh la komen. hihi...   

18 komen:

nurul berkata...

Sedihnyerr...terfeeling dgn perasaan ema, benci tengku.
Syukran kak update..

eifa arey berkata...

Tu laa. Sendiri carik pasal. Kan dah mendapat! Telan la akibatnya.

Unknown berkata...

Tq dear..lma tgu next story..hopefully yg smbg ni xlma yer.. excited nk tau nih..

azaini mohd berkata...

Huwaaaaaaaaa..sedihnya

Tanpa Nama berkata...

Please sambung cepat... Sian ema:(

BW berkata...

Tak suka Fateh :(

salawati abd mubin berkata...

ema tak nangis tapi yg bacanye terlebih emo hahaha....fateh kene cepat2 bertindak rendahkan ego kalau nak ema ye....

mamaros berkata...

Hehe..pnjang pon masih xcukup...nk lggggg

Tanpa Nama berkata...

Best. Nak fateh ngan ema. Tundukan ego anak raja tu. Jual mahal sikit ema. He he he

RaBiatuLadAwiYaH berkata...

Sambung lg..mmg ternnt2

Safri ani berkata...

Nak lg please,nak ema ngan fateh aja.

Tanpa Nama berkata...

huwaaa..sedihnye baca..teremo la plk..
ema jual mhl sikit..apapun ttp nak fateh ngan ema

Ainulrida berkata...

Masing2 ada salah & masing2 ego. Dlm hubungan kena ada give & take. Ema terlalu merendah diri

Alien berkata...

whyyyyyy must be like this? huwaaa

aqilah berkata...

Akak suka cite ni best!!!

Unknown berkata...

Makin teruja..cpt2 smbg yer..tq

muhsinah nik berkata...

huaaa.. sedihnyerrr :''((

lostslf berkata...

Great story! Good job!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©