COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 5 Mei 2016

Takdir Cinta -46-

Hijratul Khairiyah melangkah masuk ke ruang makan dan tersenyum melihat insan kesayangannya itu sedang duduk di meja makan sambil membelek sebuah fail. Dia mendekati suaminya itu. 

Amor buat apa hari ni?” soal Hijratul Khairiyah seraya duduk di kerusi berhampiran suaminya itu. Tangannya cekap mengambil makanan dan diletakkan di dalam pinggan sebelum pinggan itu diletakkan di hadapan suaminya. Lelaki itu, kalau sudah menghadap fail-fail kerjanya, memang lupa hendak makan walaupun berada di meja makan. 

“Sayang, lupalah tu. Pagi ni kita ada tetamu istimewakan?"

Tangannya yang sedang menyenduk makanan untuk diri sendiri itu terhenti. Mendengar kata-kata suaminya, baru dia ingat. Iya, mereka ada tetamu istimewa di istana hari ini. Bibirnya spontan mengukir senyuman. 

“Oh ya... Macam manalah Airi boleh lupa sedangkan semalam rasanya Airilah yang paling teruja. Tak sangkakan, amor? Ateh dan Ema. Kenapalah Airi tak kenenkan Fateh dengan Ema dulu ya?” Hijratul Khairiyah sengih sendiri apabila teringatkan perbuatannya yang cuba hendak mengenenkan adinda iparnya dengan salah seorang pegawai yang pernah menjadi pengawal peribadinya ketika dia ke luar negara dulu.  

 “Perancangan Allah itu lebih cantik, kan? Walaupun sayang tak perkenalkan mereka berdua, mereka tetap juga kenal antara satu sama lain,” balas Hakimi. Fail yang dibaca ketika menunggu si isteri tadi diletakkan di tepi. 

Hijratul Khairiyah mengangguk. 

“Setiap pertemuan itu bukan kebetulan tetapi perancangan Allah,” ucap Hijratul Khairiyah sebelum berpaling kepada suaminya dengan senyuman. 

“Macam... Airi tak akan jumpa amor kalau Allah tak takdirkan Achik dan Airi bertemu di Sepanyol dulu,” sambung Hijratul Khairiyah, terkenangkan pertemuannya dengan adinda iparnya, Tengku Syifa’ul Asrar di sebuah hospital di Sepanyol beberapa tahun yang lalu. 

 “Kimi rasa kisah keluarga kita ni, kalau buat satu buku mesti laku,” Hakimi mengangkat keningnya beberapa kali. 

Hijratul Khairiyah membesarkan matanya. Adak e hendak mengwar-warkan kisah peribadi mereka pada umum? Tak perlu kot.  “Sayang tak rasa macam tu? Macam mana sayang boleh bertemu dengan Achik, macam mana sayang boleh sampai di Zamora ini, macam mana Danish membongkarkan identity sayang yang sebenar-benarnya. Semua tu, jalan cerita yang menarik,” sambung Hakimi lagi. 

“Amboi... Amor dah bertukar kerja jadi penulis pula?” Hijratul Khairiyah membalas, membuatkan Hakimi ketawa. 

 “Melalut dah kita ni, amor. Jom makan. Tak sabar pula Airi nak jumpa bakal biras. Airi nak kena siapkan abang, adik dan kakak dulu.” Anakanda-anakanda mereka masih lagi belum bangun daripada tidur mereka. Tiga anakanda mereka itu sudah hampir menjangkau umur enam tahun. Tiba-tiba dia berasa masa telah berlalu begitu cepat. Anakanda-anakanda mereka sudah semakin membesar dan bijak berfikir. Dia dan suami pula sudah semakin meningkat umur. 

Tiga anakanda mereka sudah pun memulakan pendidikan formal mereka di sebuah tadika elit. Bukan dia dan suami tidak mahu menghantar anakanda-anakanda mereka ke tadika biasa tetapi mereka berdua risau tentang keselamatan kembar tiga itu. Bertadika di sebuah tadika elit membolehkan penempatan pengawal-pengawal peribadi di sekita tadika dan dapat memastikan keselamatan Hadif, Hafawati dan Huda.

Kisah Airi & Hakimi. hehehe

 
Fateh keluar daripada tempat duduk pemandu. Dia memandanng bengunan di hadapannya sebelum menoleh kepada gadis yang keluar daripada tempat duduk sebelah pemandu. Gadis itu tampil manis dengan berbaju kurung kosong dan bertudung ringkas. Fateh senyum sendiri. Bukan senang hendak tengok inspektor polis ini berbaju kurung.
            “Sedia?” soal Fateh sepatah seraya mendekati gadis itu. Ema memandangnya dengan wajah ‘beku’ tanpa emosi dan mengangguk. Saat itu Fateh sedar, Ema sedang berasa gemuruh walaupun wajah gadis itu tidak menggambarkan apa-apa. 

Cara, sorridere (Sayang, senyum). Takkan hendak jumpa ayahanda dan bonda saya dengan aura inspektor awak ni?” usik Fateh. 

Ema membulatkan matanya kepada lelaki itu. Sempat pula mengusik dirinya yang sedang gementar itu. Iyalah... dia hendak bertemu dengan Raja dan Permaisuri negara. Walaupun ini bukan pertama kali mereka bertemu. Sepanjang kerjayanya sebagai ahli skuad elit, sudah beberapa kali dia ditugaskan di sekitar Raja dan Permasuri Zamora itu. Namun kali ini tujuan pertemuan mereka adalah sangat bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, dia tidak pasti jikalau ayahanda dan bonda Fateh itu ingat akan dirinya. 

“Jom.” Fateh memulakan langkah dan Ema mengikut pemuda itu. Setelah beberapa langkah, Fateh berhenti dan Ema turut berhenti di belakang pemuda itu. 

“Kenapa?” soal Ema apabila Fateh berpaling ke belakang. 

Step up. Jalan di sebelah saya, cara. Kita akan jadi partner, bukan orang bawahan dan orang atasan,” ucap Fateh. 

Ema menghela nafas dan menggeleng sendiri sebelum bergerak ke sebelah kiri pemuda itu. Iya, apa yang dikatakan oleh Fateh itu sama dengan apa yang dia rasakan, Cuma saat ini dia berasa sedikit bimbang dan berjalan di belakang Fateh tadi membuatkan dia sedikit selamat dan tenteram. Bukankah naluri seorang perempuan itu ingin dilindungi? 

“Awak tak payah risau sangat. Mereka kena sukakan awak. Kalau mereka tak sukakan awak, kita kahwin lari.” 

Ema terperanjat dengan kata-kata Fateh yang selamba itu dan pantas menoleh ke kananya. Fateh juga menoleh kepadanya dengan senyuman. 

“Saya sangat yakin mereka akan sukakan awak. Tak ada sesiapa pernah pertikaikan pilihan saya,” ujar Fateh dengan yakin. 

Ema menggeleng sendiri, tidak membalas kata-kata Fateh itu. Pernahkan Fateh membawa gadis lain sebelum ini untuk diperkenalkan kepada ayahanda dan bondanya? Ema tidak mahu fikir tentang perkara itu sekarang. 

 “Cara... 

Ema berhenti melangkah dan berpaling memandang Fateh yag juga berhenti itu. 

“Awak sayangkan sayakan?” 

Ema terpegun. Ema membuka mulut tetapi menutupnya kembali apabila tiada jawapan yang keluar. Betul, dia tidak pernah ucapkan perkataan itu kepada sesiapa pun kecuali keluarganya. Jadi, dia sangat payah untuk menjawab soalan lelaki di hadapannya ini. Ema memandang segenap inci wajah lelaki yang sedang menunggu jawapannya itu. Kenapa lelaki ini bertanya soalan begini kepadanya pada saat ini? 

Ema mengalih pandangan ke arah lain. Adakah lelaki ini baru hendak berasa tidak yakin dengan dirinya yang banyak kekurangan ini? Adakah lelaki ini hendak menarik diri sekarang ketika mereka berdua sudah berada berhadapan dengan pintu ruang yang bakal menyaksikan pertemuannya dengan raja dan permaisuri Zamora itu? 

Stop, Ema.” 

Ema mengangkat wajah, memandang lelaki itu kembali. Berhenti apa? 

“Fikiran awak tentu sedang fikirkan perkara lain. Soalan saya satu sahaja, Ema. Saya tak nak awak fikirkan persoalan-persoalan lain,” sambung Fateh dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar. 

“Tapi...” 

Fateh senyum dan menggeleng, membuatkan Ema berhenti berkata-kata. 

I’ll hear the answer when the time comes. Okey?” 

Ema memandang lelaki itu beberapa saat sebelum mengangguk. Fateh kemudiannya nampak berpuas hati. 

“Okey. Baca Bismillah, cara. This door will change your life after this.” Fateh mengenyitkan sebelah mata sebelum berpaling dan menolak pintu berhampiran mereka itu. Ema menghela nafas sebelum mengikut langkah lelaki itu.
               


Fateh menghirup teh yang disediakan untuknya sambil memandang dua insan yang sedang berbincang di luar, sebalik dinding lutsinar. Diperhatikan riak wajah kedua-duanya. Ayahandanya bercakap dengan senyuman di bibir, manakala Ema pula mendengar dengan senyuman juga. Berkerut dahi Fateh. Apa yang mereka bincangkan dengan senyuman pada wajah masing-masing?
            Sebenarnya, dia membayangkan keadaan yang lebih tipikal di mana bondanya yang akan berbual-bual dengan Ema, bukannya ayahandanya. Namun, Ema bukan gadis biasa. Gadis itu adalah seorang pegawai elit. Ternyata, Ema dan ayahandanya ada banyak perkara yang boleh dibicarakan antara mereka. Fateh senyum sendiri.
            “Ateh...”
Fateh berpaling pada bonda kesayangannya. Senyuman manis dihulurkan kepada wanita pertama negara mereka itu.
“Nampaknya ayahanda pun suka pada Ema. Pandai Ateh cari,” ucap bondanya, membuatkan Fateh sengih.
“Patutlah bila Angah nak kenalkan pada orang lain dia tak mahu, bonda,” sampuk kakanda iparnya pula. Fateh menjungkitkan bahu sahaja. Iyalah, bila hatinya sudah terikat pada seseorang, takkanlah dia hendak berkenalan dengan orang lain pula.
“Ateh dah jumpa emak Ema? Dah bincang dengan emaknya? Kalau boleh, jangan lama-lama berkawan ni, Ateh. Perkara baik, lebih baik dipercepatkan,” sambung bondanya pula.
Fateh meletakkan cawan di tangannya ke atas meja.
“Ateh sudah bincang dengan emak Ema cuma keadaan sekarang ini bergantung pada kerja Ema. Ateh rasa, bonda lebih tahu kerja Ema macam mana. Buat masa sekarang, Ema belum pasti bila dia boleh berhenti daripada kerjanya,” ucap Fateh. Selaku Permaisuri negara, bondanya tentulah seringkali dijaga oleh skuad elit dalam keadaan-keadaan tertentu. Fateh pastu, sudah ramai ahli skuad elit yang menghadap bondanya sebelum menjalankan tugas mereka. Bonda dan ayahandanya tentu lebih arif akan tugas-tugas yang perlu ditanggung oleh skuad elit Gamma, Beta ataupun Alpha.
“Bonda faham. Bonda pun tak mahu cakap panjang sebab Ateh dan Ema pun boleh buat keputusan sendiri. Pastikan bincang  betul-betul.”
Fateh mengangguk dengan senyuman nipis. Tiba-tiba telefon tangannya berbunyi lagu tanda panggilan masuk. Nama pemanggil dikerling sebelum dia meminta diri daripada meja yang menempatkan ahli-ahli keluarganya itu.
Fateh bersandar pada dinding tidak jauh daripada tempat Ema dan ayahandanya berbual. Salam diberi kepada pemanggil sementara matanya memandang Ema sahaja.
“Buat apa tu?” Si pemanggil bertanya.
“Kau tersilap telefon akukah ni? Kau nak telefon Iman ke sebenarnya?” soal Fateh tanpa menjawab soalan sahabatnya daripada Darwish itu.
“Apa pula? Aku memang nak call kaulah.”
“Dah tu, telefon aku tapi gaya orang bercinta. Tanya aku buat apa pula tu.”
“Tak ingin aku hendak bercinta dengan kau. Baik bercinta dengan Iman, ada hasilnya juga,” balas insan di hujung corong telefon itu.
“Hoi. Habis telinga teruna aku ni. Hah. Kenapa telefon aku? Nak datang Zamorakah?” soal Fateh.
Matanya memandang Ema dan ayahandanya yang sudah berdiri, seakan-akan sudah hendak masuk ke dalam untuk menyertai ahli-ahli keluarganya yang lain. Saat itu, matanya bertembung dengan Ema. Ema memandangnya seketika sebelum berkata sesuatu pada ayahandanya. Kemudiannya, ayahandanya berlalu masuk dan Ema berjalan ke arahnya. Angin tiba-tiba menderu, membuatkan daun-daun kering pada pokok berhampiran mereka berterbangan, menghiasi latar belakang pandangannya. Fateh terpana dengan pemandangan di hadapannya itu.
“Fateh!” Jeritan di telingannya membuatkan Fateh tersentak. Dijauhkan telefonnya daripada telingan seketika sebelum dia terkebil-kebil dan menggeleng sendiri, sedar bahawa dia telah membiarkan Danish berbicara sendirian.
Sorry. Kau cakap apa tadi?” Pandangannya kembali dialihkan kepada Ema yang sudah berada dua meter di hadapan. Dia memberi isyarat kepada gadis itu supaya menunggunya sementara dia bercakap dengan Danish. Gadis itu mengangguk dan berdiri di sebelahnya sambil membuang pandangan ke arah lain.
“Ish... Susah betul bercakap dengan orang sedang angau ni. Aku cakap, kau kahwin tak beritahu aku pun. Such a friend lah kau ni, Fateh.”
Bulat mata Fateh mendengar kata-kata Danish.
“Lebih-lebihlah kau ni. Sudah kahwin dan hendak kahwin tu, jauh bezanya,” jawab Fateh bersahaja. Sajalah lelaki itu hendak memprovoknya. Tentu Danish mendapat informasi daripada seseorang bahawa dia hendak membawa Ema bertemuu keluarganya pada hari ini. Fateh mengerling pada Ema di sebelahnya. Ternyata gadis itu sedang memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia senyum sahaja.
Fine. Kau hendak kahwin. Let me guess, dengan Ema?”
Let me guess, kau memang dah tahu sebenarnya, kan? Tak payah nak teka-teka sangatlah. Kau bukannya ahli nujum,” balas Fateh. Kedengaran Danish ketawa pula.
“Iyalah... Jadi, kau memang seriuslah ni?”
Yup, insyaAllah,”jawab Fateh dengan tepat dan padat.
Congratulations, Fateh!” Kedengaran suara Iman pula menyampuk perbualannya dengan Danish. Fateh tersengih mendengar suara isteri sahabatnya itu.
Thanks, Iman.”
So... Apa yang membuatkan kau betul-betul pasti bahawa she is the one for you?” Suara Danish pula bertanya.
Soalan itu membuatkan Fateh mengalihkan badannya menghadap gadis di sebelahnya. Ema pula memandangnya kehairanan, seakan-akan bertanya kenapa. Diperhatikan wajah bersih Ema yang hanya dihiasi dengan kesan luka di pipi yang sudah semakin hilang. Dasar mata Ema direnung. Dari itu, dia bagaikan dapat melihat kesungguhan gadis itu untuk berbakti kepada keluarganya, kesetiaan gadis itu dalam melindungi negara, kesakitan yang dialami oleh gadis itu pada masa lalu, dan juga kebahagiaan yang bakal dirasai gadis itu pada masa hadapan..
Perché lei è perfetta... per me (Kerana dia sempurna... untuk aku),” ucapnya tanpa sebarang kiasan.
Fateh tersenyum apabila Ema mengalih pandang ke arah lain. Dia juga kembali bersandar pada dinding dan memandang langit biru.
“Ayat playboy,” komen Danish, membuatkan Fateh ketawa.
“Kebenaran semata-mata.”
Mereka berbual-bual sebelum Fateh menamatkan panggilan beberapa ketika kemudian. Sekali lagi dia berpaling menghadap gadis di sebelahnya.
“Okey?” soal Fateh sepatah.
Ema menjungkitkan kedua-dua bahunya sahaja.
“Iman dan Danish kirim salam pada awak. Mereka ucapkan tahniah,” ucap Fateh. Mengingatkan gelagat suami isteri itu, dia tersenyum sendiri.
“Tahniah? Kenapa?” soal Ema dengan kening terangkat.
Because you got me,” jawab Fateh, dengan senyuman senget.


Ema mematikan telefonnya dan menghela nafas panjang. Baru sahaja dia berasa lega selepas selesai bertemu dengan ayahanda dan bonda lelaki itu, kerjanya sudah menjengah. Panggilan yang diterimanya tadi serta merta mengisyaratkan bahawa masa ‘berehat’nya telah tamat. Fateh yang sedang tenang memandu itu dipandang seketika. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Empat saat. Lima saat.
Fateh menoleh. Ema masih memandangnya.
"Kenapa awak tengok saya macam tu?" soal Fateh, kembali memandang jalan raya. Hatinya senang kerana seluruh ahli keluarganya menerima kehadiran Ema. Anakanda-anakanda saudaranya tadi juga seronok bermain dengan Ema. Si kecil Hadif itu lagilah, boleh pula mengajak bakal bonda saudaranya bermain pedang.
Saja,” pendek jawapan Ema sebelum tersenyum. Tiba-tiba dia berasa sangat bertuah dengan adanya Fateh bersamanya.
Tenung lama-lama. Lepas tu senyum macam tu. Kang saya berhentikan kereta tepi jalan ni," ujar Fateh bersahaja.
Mati senyuman Ema.
"Kenapa hendak berhenti?" Dia berpaling ke kiri dan kanan, melihat kawasan sekeliling. Mereka sedang melalui lebuh raya.
"Dah awak goda saya."
Bulat mata Ema seketika, sebelum menggeleng dengan karenah Fateh itu.
Careful, Tengku Fateh Abqari. Kita masih belum ada apa-apa hubungan lagi,” tegur Ema, menyebut nama penuh lelaki itu.
Fateh tersengih, sedar akan kesilapannya. Namun hatinya bersyukur, Ema adalah seorang gadis yang boleh menegur kesilapannya, bukan hanya menerima.
“Okey. Maaf. Awak nak cakap apa tadi?”
“Mana ada saya hendak cakap apa-apa,” jawab Ema. Dia tidak tahu hendak cakap apa kerana dia sedar perihal kerjanya adalah rahsia walaupun lelaki di sebelahnya itu adalah ahli kerabat diraja Zamora.
“Okey. Kalau awak tak ada apa-apa hendak cakap, biar saya yang cakap. Esok saya kerja ya.”
“Okey.”
“Okey je? Tak nak tanya saya fly ke mana atau berapa lama?” Tanya Fateh, tidak berpuas hati dengan reaksi yang diberikan oleh Ema itu.
Ema tersenyum. Soalan yang Fateh dikemukakan tersebut tentu akan ditanya oleh Fateh kepadanya kembali jika lelaki itu diberitahu akan tugasnya yang terbaru sebagai ahli skuad Alpha itu.
“Iyalah. Awak fly ke mana esok? Pukul berapa? Berapa hari? Dengan siapa?” soal Ema dengan alih duduknya dibetulkan untuk menghadap lelaki itu.
“Perlikah? Banyaknya soalan tapi tak apa. Saya akan jawab. Esok saya fly ke Mesir, pukul sepuluh pagi, selama seminggu. Krew saya esok termasuk Johari dan Nurin. Awak tak kenal mereka kot tapi awak boleh kenal mereka kalau...” Fateh berjeda.
Ema menanti tiga saat untuk lelaki itu menyambung kata-katanya namun Fateh tetap juga diam.
“Kalau apa?” soal Ema akhirnya.
“Kalau awak hantar saya esok. Saya boleh kenalkan awak pada rakan-rakan sejawatan saya yang lain. Nak?” tawar Fateh.
Ema diam berfikir. Penerbangan lelaki itu dijadualkan pada pukul sepuluh pagi. Pertemuan untuk tugasan terbaru skuad Alpha pula dijadualkan pada pukul dua belas tengahari. Okey juga cadangan Fateh itu. Lagipun, dia tidak pasti bila pula dia akan bertemu semula dengan lelaki itu kerana tugasannya yang terbaru ini dirasakan akan mengambil masa yang lebih lama.
“Okey.” Ema mengangguk.
“Okey?” Fateh menoleh ke arah gadis di sebelahnya seketika sebelum tumpuan kembali ditumpukan ke hadapan.
“Okey.”
“Serius?” tanya Fateh sekali lagi. Dia tak sangka gadis itu akan setuju sebenarnya.
“Iya, Tengku Fateh Abqari. Saya hantar awak pagi esok ya,” jawab Ema dengan penuh kepastian, bersama senyuman.
Grazie, cara (Terima kasih, sayang). So... Kita nak ke mana ni?”
Ema membetulkan duduknya menghadap ke hadapan.
“Erm... Shopping?” Sebenarnya, dia bukannya gemar membeli-belah tapi memandangkan dia akan menjalani misi beberapa hari lagi, ada baiknya dia beli terus barang-barang keperluan untuk emak dan adik-adiknya.

kbai.
hihi

komen tau!
 thanks

1 komen:

Nur Nadheera berkata...

Wahhhh... Fateh ni sweet lahhh hehehe!!! Comel jerr "sebab, dia sempurna" "because you got me". Good Job Cik Haliban

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©