COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 25 Ogos 2015

Takdir Cinta -40-

Takdir Cinta -39- preview
“Iya. Ultraman. Awaklah Ultraman tu, sebab awak dah selamatkan saya daripada raksaksa tadi,” balas Ema bersahaja.
Sepi seketika sebelum dia mendengar gelak kecil daripada mulut Fateh. Pemuda itu kemudiannya gelak besar. Ema memandang pemuda yang sedang memandu itu dengan pelik. Tadi serius sangat, ini ketawa pula.
Cara mia, you are incredible,” ujar Fateh sebelum sambung ketawa lagi.


Takdir Cinta -40-
Fateh mengucapkan terima kasih apabila Ema meletakkan gelas berisi air sejuk dan buah mangga yang sudah dipotong di hadapannya. Memandang wajah Ema, sekali lagi dia tergelak kecil. Ema membulatkan matanya .
                “Tak habis lagi ketawa?” Ema mengambil tempat bertentangan dengannya di atas  pangkin di halaman rumahnya.
                “Awaklah punya pasal. Kelakar sangat. Raksaksa? Seriously? ” Fateh ketawa lagi.
                “Sudahlah tu. Emak dan adik-adik saya dengar nanti,” marah Ema, namun melihat raut wajah Fateh yang ceria ketawa itu, hatinya terasa turut gembira. Ah... Tak kisahlah alasan dia ketawa itu.
                Fateh akhirnya senyum setelah ketawanya reda untuk kali kedua. Walaupun rasa geli hatinya masih ada, namun ditahan juga agar dia tidak mengganggu keluarga Ema di dalam rumah. Ema menggelar lelaki itu sebagai raksaksa? Haruslah sangat lucu, namun mengingatkan  lelaki itu adalah Hijazi, rasa lucunya tiba-tiba lenyap. Fateh merenung kosong halaman rumah Ema itu.
                “Ema,” panggil Fateh.
                “Hurm?” sahut Ema sambil menyuapkan sepotong mangga ke dalam mulutnya.
                “Apa hubungan awak dengan Hijazi?” soal Fateh tanpa memandang gadis itu. Dia tiba di rumah itu untuk melawat Ema yang baru keluar daripada hospital. Namun apabila tiba, adik-adik gadis itu memberitahu bahawa Ema keluar dengan seorang lelaki. Mengikut gambaran daripada adik-adik Ema, dia dapat mengagak bahawa lelaki itu adalah Hijazi.
Dia tahu Ema adalah bekas kekasih Hijazi apabila terdengar perbualan Hijazi dan gadis itu dahulu, namun Ema tidak tahu bahawa dia mengetahui hal tersebut. Jadi, ada baiknya jika Ema sendiri menceritakan perkara sebenar.
                Sepi seketika suasana antara mereka. Ema tentunya sedang berfikir apa yang perlu dijawab. Fateh pula menyisip perlahan gelas berisi air sejuk itu. Dia ingin membiarkan gadis itu mengambil masanya. Bunyi kereta dan motosikal yang melalui kawasan rumah tersebut memenuhi ruang pendengaran mereka.
                “Kenapa?” soal Ema pula tanpa menjawab soalannya.
                Fateh berpaling memandang gadis itu.
“Kenapa dengan hubungan saya dengan Hijazi? Kenapa awak tanya soalan ini?” sambung Ema apabila bertentang mata dengannya.
Fateh membalas renungan gadis itu. Dia tidak rasa Ema tidak tahu jawapan kepada soalannya sendiri itu, tetapi gadis itu lebih kepada inginkan kepastian.
Cara mia. Bukan semua orang saya panggil begitu,” ucap Fateh akhirnya. Dia tahu Ema inginkan kepastian namun perkara itu tidak terluah di bibirnya. Ema terus memandangnya tanpa kelip.
Dia kemudiannya menghulurkan satu sampul surat kecil biru kepada gadis itu. Tanpa kata, Ema mengambil dan melihat isi sampul tersebut sebelum memandangnya semula.
“Kad jemputan ni ada nama awak. Kenapa beri pada saya pula?”
Fateh senyum.
Will you be my date?”
“Hah?” Ternganga Ema.
Dia sengih. Tentu Ema sebenarnya hairan kerana perkara ini tiada kaitan dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.
“Itu jemputan majlis makan malam gala tempat kerja saya pada minggu hadapan. I would love you to be my date,” ucap Fateh, mengundang Ema sekali lagi.
“Okey. Fine. Kita tukar topik tapi maaf, saya tak ada pakaian yang sesuai untuk teman awak ke majlis ini,” balas Ema. Dia tahu Fateh sedang tukar topik dan dia juga malas hendak mendesak jawapan daripada  pemuda itu. Namun, dia memberitahu perkara yang benar apabila dia tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk majlis makan malam.
Dia menghadiri majlis perjumpaan sekolah mereka tempoh hari pun dengan pakaian yang dipinjam daripada teman serumahnya, inikan pula hendak ke majlis makan malam syarikat penerbangan swasta tempat Fateh bekerja. Dia bukan tidak mampu beli pakaian malam malam, namun sebagai seorang ahli skuad pengintip negara, dia tidak pernah mempunyai sebab untuk membeli pakaian sebegitu.
“Oh... Jadi, awak akan teman saya kalau ada pakaian yang sesuai?” Fateh memandang Ema.
Ema diam seketika. Dia dapat merasakan soalan Fateh dan jawapan daripadanya akan menjerat dirinya sendiri. Mahu sahaja dia bertanya kenapa Fateh inginkan dia sebagai teman, namun dia pasti pemuda itu tidak akan berterus-terang juga. Ema akhirnya mengangguk sahaja.
“Okey. Beres. Sebenarnya saya dah belikan pakaian yang sesuai untuk awak. Saya dah berikan pada mak awak tadi.”
 “Awak memang confident saya akan ikut awak, ya?” Ema menjeling.
Fateh sengih.
Cara, saya adalah Tengku Fateh Abqari, putera kedua negara Zamora. Setiap saat dalam hidup saya memerlukan keyakinan,” ujarnya dengan jujur. Walaupun kedengaran angkuh, tapi itulah hakikiatnya. Takdir Ilahi, dia lahir sebagai putera kedua Zamora. Menjadi seorang adinda kepada kakanda sulungnya yang begitu berkaliber, orang di sekelilingnya sentiasa membandning-bandingkan mereka berdua.
Dia menyayangi dan mengagumi kakandanya, tapi orang di sekelilingnya juga mengharapkan supaya dia menjadi seperti kakandanya. Jika dia tidak yakin dengan diri sendiri, dia mungkin akan jatuh dalam keadaan depresi. Jika dia tidak yakin dengan diri sendiri, dia juga mungkin akan membesar dengan membenci kakandanya. Jika dia tidak yakin dengan diri sendiri, boleh jadi dia akan menyalahkan takdir. Ya, hidup sebagai seorang putera kedua bukan mudah seperti yang disangka.
Ema senyum nipis dan menggeleng sendiri. Dia pasti pemuda itu ada kisahnya tersendiri.
“Baiklah, saya terima. Boleh juga saya cuci mata nanti. Kawan-kawan juruterbang awak mesti semua tampan, kacak dan segak,” balas Ema sambil bergurau. Senyuman nakal menghiasi bibirnya.
“Ewah... Kalau itu niat awak, saya batalkan jemputan saya ni.” Fateh membesarkan matanya, tanda marah dalam gurauan.
Ema mencebik, tidak mengalah.
“Ada saya kisah? Awak yang ajak saya. Bukan saya yang paksa awak.”
Fateh menghela nafas dan memeluk tubuh. Kalah pula dia dengan gadis itu kali ini.

Selepas solat isyak, Ema menghampiri emaknya yang sedang menjahit menggunakan tangan di ruang tamu rumah mereka itu. Emak nampaknya sedang menjahit seluar dan baju adik-adiknya yang koyak sedikit. Ema diam, memandang emaknya yang semakin berusia itu. Wajah yang tampak kurus itu tanda emkanya bekerja keras menyara mereka sekeluarga. Tangan yang kasar itu bukti emaknya membanting tulang mencari nafkah untuk mereka semua.
                “Mak...” panggil Ema lembut.
                “Iya. Kenapa?” Emaknya mengerling ke arahnya seketika sebelum menyambung kembali kerja menjahit itu.
“Mak, kalau mak penat menjual, mak berehat sahajalah di rumah. Mak tak payah risau tentang budak-budak ni dah. Ema ada mak,” ucap Ema. Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia dan emak berbincang tentang perkara ini. Pendapatannya selama ini cukup untuk menanggung perbelanjaan harian, keperluan dan pembelajaran adik-adiknya.
Emak berhenti menjahit dan memandang Ema dengan senyuman di bibir.
“Kalau mak duduk di rumah sahaja, mak nak buat apa, Ema? Mak dah biasa menjual kuih-kuih tu. Apa salahnya, boleh tambah duit sikit-sikit,” jawab emak.
“Mak, inilah poinnya. Ema nak emak duduk rumah dan  tak perlu bersusah payah buat apa-apa. Ema nak berbakti pada mak. Kalau mak hendak apa-apa, mak minta sahaja pada Ema. Mak hendak pergi ke mana-mana, beritahu sahaja Ema. Insya-Allah Ema akan usahakan, mak,” ujar Ema bersungguh-sungguh. Dia akan meletak jawatan dari Skuad Alpha secara rasmi pada minggu hadapan. Dia akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarganya dan dia ingin membuat sesuatu untuk emaknya.
“Hisy... Mak tak betah kalau tak buat apa-apa. Mak tahu kamu boleh tolong adik-adik kamu tapi duit kamu tu simpanlah untuk masa depan kamu nanti.”
Dahi Ema berkerut sedikit. Masa depannya?
“Mak, masa depan Ema adalah mak. Ema nak buat mak senang dan gembira,” balas Ema.
“Mak tahu tapi kalau kamu hendak kahwin nanti, mesti kamu hendak guna duit yang banyak. Simpanlah untuk itu.”
Ema terdiam. Kahwin? Dia memandang dirinya ketika itu. Tangan dan dan kakinya juga mempunyai kesan-kesan luka akibat kebakaran. Siapa yang hendak kahwin dengan dia? Tidak mungkin akan ada lelaki yang mahukan dirinya jika lelaki itu mengetahui parut-parut yang  tersembunyi di sebalik pakaiannya itu. Kesan luka di pipinya sahaja sudah pasti menjadi sebab lelaki menjauh  daripada dirinya.
“Mak... Dengan keadaan Ema sekarang ni, siapa yang hendak kahwin dengan Ema? Tak ada lelaki yang hendak isteri yang cacat macam Ema begini mak,” ujar Ema perlahan. Hatinya memberat. Tipulah jika dia tidak sedih dengan keadaan dirinya, namun apa yang dia boleh buat? Benda sudah berlaku dan inilah dia sekarang ini.
“Apa pula cacatnya? Allah menciptakan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Kalau seseorang tu memang jodoh kamu, dia akan terima kamu seadanya,” nasihat emak.
Ema senyum tawar. Dia tidak menafikan apa yang diucapkan oleh emaknya itu. Itu adalah salah satu kepercayaan dalam Islam, namun perihal jodoh itu hanya Allah sahaja yang tahu.
“Hah! Lupa pula mak. Ema, Fateh ada beri sesuatu pada kamu dalam beg kertas tu.”
Ema mengambil beg kertas berwarna ungu yang ditunjuk oleh emaknya. Inikah pakaian yang perlu dipakainya untuk menemani Fateh ke majlis makan malam nanti? Ema mengeluarkan isi beg kertas itu. Selendang biru muda bermotifkan bunga-bunga. Cantik juga selendang tersebut.
“Mak gantung baju yang dia bagi tadi dalam almari kamu. Tak tahulah kamu perasan atau tak. Katanya hendak bawa kamu ke majlis makan malam,” sambung emaknya lagi.
“Dia beritahu mak?” soal Ema dengan perasaan yang  terkejut sedikit. Pakaian yang tergantung dalam almari biliknya dibiarkan terlebih dahulu. Nanti dia akan lihat selepas ini.
“Iyalah. Hendak bawa anak dara orang keluar malam, tentulah kena minta izin ibubapa terlebih dahulu.”
Ema tersenyum. Dia tidak sangka Fateh berterus-terang dengan emaknya. Nampaknya hubungan Fateh dengan emak dan adik-adiknya sudah rapat semenjak dia menghilangkan diri tempoh hari.
“Ada satu lagi benda dalam beg kertas tu. Cuba kamu tengok.”
Ema menggagau tangannya  mencapai apa yang dikehendaki oleh emaknya. Kotak baldu berwarna merah dan berbentuk hati yang kecil. Ema terkaku. Dia memandang emaknya.
Nyata emak sedang memerhati reaksi dirinya apabila nampak kotak baldu itu.
“Fateh yang bagi,” ujar emak sebelum sempat Ema bertanya apa-apa.
Ema merenung lama tanpa membuka kotak baldu itu. Seperti orang lain, dia dapat mengagak kandungan kotak baldu merah yang kecil dan comel tersebut.
“Dia cakap apa, mak?” soal Ema selepas beberapa ketika.


O.M.G. ~ 
Cincin!!! Fateh bagi cincin? hihihi.... 
I know, pendek. Sorry. huhuhu... Komen kalau rajin ya. :)

10 komen:

Nur Nadheera berkata...

Wahhh.. Seronoknyaa..dapat baca.. He he..

Tanpa Nama berkata...

aaaaaaaaaaaa!!!! nape benti situuu :') nak lagi :') :') Tgh syok bace tetiba habissss!!! aaaaaaaaa!! sweet sgt!!! :') :') :')

eifa arey berkata...

Wahhhhhhhhhhh! Fateh lamar Ema! Terima kasih Fateh tu. Rugi lepaskan tau.

salawati abd mubin berkata...

wahhhhh
terima..
terima..
terima..

Tanpa Nama berkata...

Dia kata Makcik saya ingin melamar Ema.

Hehehe

Kmas

nurul berkata...

Kena cepat2 la up entry baru sbb entry ni pendekk...heheehh...wahhh berdebar plak walaupun tahu ema mmg suka dgan fateh gak....hihu

nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
rabiatul adawwiyah berkata...

Say yes say yes! Sys cpt smbg plis plis

ada berkata...

Best..nk lgi

Yangjue berkata...

celik mata trus bca blog sis...ahhh c yes emaaa....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©