COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 30 Oktober 2016

Takdir Cinta (E&F) -50-



Guys, watch this.” Tengku Syifa’ul Asrar meletak telefon tangannya di atas meja dan ditolak menghampiri Tengku mahkota dan isteri itu. Tengku Iman Hakimi memandangnya sebelum mengambil telefon itu dan melihat apa yang tertera di skrin. Isterinya mendekat untuk sama-sama melihat.

                Tengku Syifa’ul Asrar memandang suaminya di sisi yang mengangkat kening kepadanya, tanda bertanya. Dia member isyarat supaya suaminya menunggu sehingga kakanda-kakandanya melihat perkara itu sehingga habis terlebih dahulu. Namun, daripada situ, suaminya tetap mendengar suara yang keluar daripada telefon tangannya itu. Berkerut dahi si suami.

                “Ateh? Macam suara Ateh je,” Tanya suaminya. Tengku Syifa’ul Asrar tersengih dan mengangguk.

                “Video skandal Ateh!”

                Ternganga seketika suaminya. Tengku Syifa’ul Asrar tertawa kecil.

                “Bila ni, Achik?” soal Tengku Iman Hakimi secara tiba-tiba. Suara kakandanya yang kedengaran tegas itu membuatkan ketawanya mati dan senyumannya pudar. Melihat wajah kakandanya itu, dia pasti lelaki itu bersetuju dengan apa yang telah berlaku. Video yang ditunjukkannya kepada Tengku Iman Hakimi dan Cik Puan Hijratul Khairiyah itu adalah video adinda bongsu mereka membuat pengakuan cinta di tempat awam.

                “Sehari dua baru. Video ni dah viral di internet,” jawab Tengku Syifa’ul Asrar jujur. Dia pun terjumpa video ini semasa sedang melayari internet. Sudah namanya ‘viral’, mestilah di mana-mana laman pun akan terjumpa perkara ini.

                “Apa yang Bahagian Perhubungan Awam Istana buat? Cerita macam ni pun boleh lepas. Hisy!” Berkerut wajah kakanda sulungnya membuatkan Tengku Syifa’ul Asrar tidak berpuas hati.

                “Apa masalahnya, Along? Achik tak nampak perkara ni sebagai masalah. Ateh cuma luahkan perasaan dia sahaja,” bantah Tengku Syifa’ul Asrar.

                “Luahkan perasaan bukan masalahnya di sini, tapi di hadapan orang ramai. Kalau orang awam beri reaksi negatif, ianya akan memburukkan nama keluarga diraja,” komen kakandanya.

                Tengku Syifa’ul Asrar merengus. Kakandanya ni bukannya hendak kisahkan perasaan adinda lelaki mereka, lebih memikirkan maruah keluarga pula. Memang reputasi keluarga itu penting, tapi janganlah sampai hendak mengetepikan perasaan orang, terutamanya darah daging sendiri.

                “Sayang, telefon Ateh sekarang. Suruh dia datang sini secepat mungkin,” ucap Tengku Iman Hakimi kepada si isteri di sisi. Tengku Syifa’ul Asrar berpandangan dengan kakanda iparnya sebelum wanita itu mengikut kehendak suami.

                “Ayahanda dan bonda mesti sudah tahu tentang Ateh ni. Apa sebenarnya masalah mereka ni? Kata serius. Belum sampai dua bulan pun, sudah jadi begini. Kalau belum ada apa-apa hubungan pun, tak boleh bertahan, macam mana hendak mempertahankan rumah tangga nanti?” bebel kakanda sulung, membuatkan Tengku Syifa’ul Asrar tertawa kecil.

                “Ketawa pula Achik ni.”

                “Along, membebel pula. Tuan badan tak ada di sini, tak payah mula lagi. Achik dengan abang sayang Achik ni Alhamdulillah, okey sahaja. Along kena ceramah pada Ateh tu,” jawab Tengku Syifa’ul Asrar sambil menyauk lengan suami di sebelahnya.

                “Ateh memang on the way ke sini, katanya.” Kakanda iparnya mencelah setelah tamat berbual pendek dengan Ateh melalui panggilan telefon.

                “Apa pendapat Angah?” soal Tengku Syifa’ul Asrar. Ema bergerak ke luar negara adalah rancangan mereka namun, kehadiran Ateh menghalang pemergian Ema serta rakaman pengakuan cinta Ateh itu tentulah tiada siapa yang duga. Itu menandakan bahawa perancangan manusia biasa seperti mereka tidak boleh mengatasi perancangan yang Allah SWT sudah tetapkan kepada mereka.

                “Angah tak ada komen. Kita patut dengar penjelasan Ateh dahulu.”

                Tengku Syifa’ul Asrar mengangguk. Dia tahu Angahnya itu sentiasa berada dalam zon neutral jika terdapat masalah antara mereka adik-beradik. Almaklumlah, jika Angah menangkan Along sahaja, tentu adinda-adinda iparnya ini akan merajuk. Begitu juga sebaliknya.

Setengah jam kemudian, Fateh sudah terpacak di hadapan mereka. Tengku Syifa’ul Asrar menepuk bahu adinda lelakinya itu sebelum dia dan suami meninggalkan pemuda itu bersama Along dan Angah mereka.

Hijratul Khairiyah hanya diam, mendengar apa yang diperkatakan oleh suaminya dan memandang reaksi adinda iparnya. Pemuda itu hanya menjawab sepatah dua sahaja apabila suaminya mengajukan soalan. Akhirnya, Tengku Iman Hakimi menggeleng sendiri apabila melihat Fateh tidak berminat hendak melayan soalan-soalannya.

Fix your problem, tapi jangan sampai rakyat jadikan cerita keluarga kita sebagai cerita jalanan, Ateh,” ujar Tengku Iman Hakimi sebelum berlalu masuk ke dalam bangunan, meninggalkan Hijratul Khairiyah bersama adinda iparnya itu.

                Hijratul Khairiyah memandang Fateh yang merenung awan putih di langit biru atas sana. Apabila diperhatikan lama, nampak sangat Fateh sedang menghadapi masalah yang belum selesai. Dia tidak mahu bertanya banyak kerana suaminya tadi juga sudah berbuat demikian, namun dia perlu mengatakan sesuatu supaya pemuda itu sedar dan menyelamatkan hubungannya dengan Ema itu.

“Ateh, setiap hubungan itu akan ada dugaan yang melanda. Lidah sendiri lagikan tergigit. Apa yang penting, Ateh dan Ema tahu apa masalah dalam hubungan kamu berdua,” ucap Hijratul Khairiyah.

“Ateh tak tahulah, Angah. Salah faham antara kami sebenarnya sedikit sahaja tapi boleh jadi masalah sebesar ini. Ateh sudah jelaskan pada dia bahawa Ateh tak ada hubungan dengan orang lain selain dia, tapi dia tetap tak mahu terima Ateh. Apa lagi Ateh boleh buat, Angah?”  Pemuda itu meraup wajahnya beberapa kali.

                “Ateh tahu tak apa yang Ema rasa?” soal Hijratul Khairiyah dengan senyuman nipis.

“Cemburu?”

“Cemburu itu betul, tapi yang paling besar dalam minda dan hati Ema tu adalah insecurity. Angah pernah rasa semua itu, Ateh. Ateh pun tahu siapa Angah yang sebenarnya. Angah anak yatim piatu dan orang biasa sahaja. Apabila nenda dan bonda nyatakan hasrat Along pada Angah, Angah rasa sangat insecure. Angah bukan anak sesiapa pada masa itu dan Angah juga tiada apa-apa. Apa sahaja yang boleh mengikat perasaan Along pada Angah untuk selamanya? Macam mana kalau Along jumpa orang yang lagi baik daripada Angah? Lagi cantik daripada Angah? Lagi hebat daripada Angah? Semua itu bermain di fikiran Angah dulu. Angah pasti, Ema pun berasa begitu. Ema pernah beritahu Ateh?”

Fateh diam sebelum dia melihat pemuda itu mengangguk. Hijratul Khairiyah senyum lagi.

I guess, perasaan itu reda sedikit bila Ateh bawa Ema jumpa dengan ayahanda dan bonda, ianya bagaikan satu jaminan. Tapi perasaan itu tak akan pernah hilang, Ateh. Hakikatnya keraguan itu masih wujud dalam hati Angah walaupun kami dah mempunyai anak, cuma ianya tidak sekuat seperti dalam permulaan hubungan kami dulu. Sebab itu, Ateh perlu selalu ingat tentang insecurity dalam diri Ema ni. Kalau apa-apa terjadi, pertama sekali dia akan rasa bahawa dia memang daripada dulu lagi tidak layak untuk Ateh sebenarnya.”

Adinda iparnya diam mendengar. Hijratul Khairiyah berhenti seketika. Dia berharap agar Fateh betul-betul faham akan keadaan Ema. Sedikit-sebanyak dia sendiri memahami Ema kerana dia pernah berada dalam kasut gadis itu.

“Ateh pernah fikir tak, apa yang Ema sudah buat untuk Ateh?” soal Hijratul Khairiyah. Pemuda itu diam sahaja.

Dulu Ema mempunyai kerjaya yang sangat kukuh, dapat menanggung keluarga dia tanpa dia perlu bersusah payah. Sekarang, apa yang dia ada? Dia sudah tak boleh kembali kepada kerjanya, Ateh. Dia buat keputusan tu untuk menyenangkan Ateh walaupun dia tahu ada risikonya jika hubungan dia dan Ateh tidak menjadi,” sambung Hijratul Khairiyah, namun nyata ayat terakhirnya menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Fateh apabila pemuda itu memandangnya.

“Ateh takkan putus asa. Ateh tahu kami masih ada peluang. Ateh cuma perlu buktikan pada Ema sahaja!” pintas pemuda itu.

“Apa yang Ateh hendak buat untuk buktikan perkara itu?” tanya Hijratul Khairiyah dengan wajah yang menduga.

“Ateh tak boleh hendak buktikan apa-apa kalau Ema sendiri tak ada di sini,” balas pemuda itu.

Hijratul Khairiyah mengangguk. Betul kata adinda iparnya itu.

“Kalau Angah, nak sahaja Angah minta Ateh resign daripada kerja Ateh tu,”ucap Hijratul Khairiyah. Fateh pantas berpaling ke arahnya, terkejut barangkali.

“Perlukah sampai begitu, Angah?”

Why not? Kalau Ema boleh berkorban untuk Ateh, why not you do the same? Untuk kebahagian Ateh, apalah sangat kerja dengan syarikat penerbangan tu. Lagipun, you got years of flying experience. Syarikat lain berebut-rebut hendakkan Ateh nanti. Ateh pun berkemampuan untuk buat benda lain,” sambung Hijratul Khairiyah. Dia sebenarnya ingin menduga pemuda itu sahaja.





"Nak pergi kedai mana lagi?" soal wanita di sisinya setelah mereka berdua melangkah keluar daripada kedai buku di mall itu.

"Awak nak beli apa lagi, Ema?" soal wanita itu lagi.

"Saya tak ada apa-apa nak beli. Saya ikut awak sahaja," jawab Ema. Dua hari dia berada di negara Jauzan, sebelum dia terbang ke negara Darwish ini. Dia datang ke negara ini hanya untuk menenangkan fikiran, bukan hendak membeli belah. Dia bukanlah orang berada sehingga perlu membeli belah di luar negara pula.

"Jomlah duduk minum air dulu, nak?"

Ema mengangguk dan mengikut langkah kaki puteri mahkota itu masuk ke sebuah cafe. Mereka mengambil tempat duduk berhampiran kaki lima cafe tersebut.

"Awak tahu tak? Di sinilah saya pertama kali jumpa Danish tu," ujar Iman dengan sengihan.

Ema senyum dan mengangkat kening, menunggu puteri mahkota Darwish itu meneruskan cerita nostalgia pasangan diraja itu.

Honestly, kalau awak tanya saya kenal tak raja Darwish, saya memang ingat tapi saya tak ingat muka tengku mahkota Darwish masa tu,” sambung Iman.

“Serius?” soal Ema. Sebenarnya dia boleh agak keadaan Iman, namun keadaan cik puan Negara Darwish itu tidak sama dengan keadaannya. Dia adalah rakyat biasa Zamora, namun dia juga adalah bekas perisik elit negara. Dia harus mengingati wajah-wajah penting negara Zamora dan juga negara-negara lain.

“Iya. Ironiknya, pertama kali kami jumpa, dia perkenalkan saya sebagai teman wanita pada orang yang dia suka.”

                Terangkat kening Ema. Haaa... Cerita perbadi dan terperinci begini, memang dia tidak pernah tahu.  Akhirnya, Iman bercerita tentang pertemuannya dengan Tengku Muhammad Danish dan juga nenda-nenda suaminya itu. Ema senyum mendengar cerita zaman sebelum perkahwinan wanita itu.

                “Iman pernah ada sesiapa sebelum Tengku Danish?”

                Terkebil-kebil Iman memandang Ema. Ema menanti jawapan dengan sabar. Tiba-tiba puteri mahkota Darwish itu terkekeh-kekeh ketawa.  Terangkat kening Ema. Agaknya, Iman menganggap soalannya itu kelakar.

“Tak sempat,” pendek jawapan Iman setelah ketawanya reda.

“Hurm?”

“Zaman saya sekolah dulu, saya selekeh sangat, Ema. Manalah ada orang nak dekat dengan saya. Kahwin dengan Danish pun, umur lapan belas tahun. Tak ada sempat nak cari orang lain,” sambung Iman dengan sengihan.

“Ema ada orang lain sebelum Fateh?”

Ema terdiam apabila disoal kembali. Tak adillah jika dia menipu apabila Cik Puan Iman sendiri telah bercerita kisah dirinya. Akhirnya, dia bercerita serba sedikit kisahnya sebelum dia bertemu dengan Tengku Fateh Abqari. Terlopong Iman mendengar ceritanya.

“Fateh tahulah ya tentang Hijazi?” soal Iman pada akhir ceritanya.

Ema mengangguk.

“Dia pernah cemburu dengan Hijazi ini tak?” tanya Iman lagi.

Ema tersengih. Dia teringatkan beberapa peristiwa. Rasanya pertama kali dia melihat Fateh melayan Hijazi dengan acuh tidak acuh adalah semasa dia berada di hospital Zamora selepas dipindahkan daripada Darwish dahulu.



“Awak buat apa di sini? Bukankah doktor cakap awak perlu berehat?” soal insan bernama Fateh itu, membuatkan Ema ingin menjulingkan matanya.

 “Saya bosanlah duduk dalam bilik sahaja.” jawab Ema selamba.

“It's okay, Fateh. Aku ada untuk tengok-tengokkan dia.” Hijazi menyampuk pula, selambanya, membuatkan Fateh menoleh kepada Hijazi pula.

“Eh, kau rupanya. Sudah lama sampai?” Fateh menyapa Hijazi.

Ema menyembunyikan senyumannya lagi. Fateh nampaknya seperti hendak menyakitkan hati Hijazi dengan berpura-pura tidak menyedari kehadiran Hijazi di situ.

                “Tak lama sangat pun. Sempatlah temankan Ema berbual-bual. Kau dari tempat kerja?”

                “Ya. Baru balik daripada Korea. Ingat hendak jenguk orang sakit dalam biliknya, tapi nampaknya sudah tak sakit.”

                Ema memandang Fateh yang mengerling ke arahnya ketika menjawab soalan Hijazi.

 “Sayang, awak ada pemeriksaan doktor sekejap lagikan? Jom masuk?” Fateh memberikan senyuman nipis dan memandang matanya terus, seakan memberi amaran agar tidak membantah kata-kata yang diungkapkan.



                Kali kedua dia berasa Fateh mencemburui Hijazi, putera dan puteri-puteri Tengku Iman Hakimi dan Cik Puan Airi menjadi anakanda-anakanda saudaranya secara tidak rasmi.



“Maaflah kalau anakanda-anakanda saudara aku ni ganggu kau dengan Ema,” ujar Fateh.

“Anakanda saudara kau?” soal Hijazi pula dengan nada yang pelik.

 “Yup. Lah... Ema tak beritahu kau?” Fateh memandang Ema seketika.

“Ema cakap mereka anak-anak saudara dia.”

 “Of course. Anakanda saudara aku, anakanda saudara Ema juga. Bukan begitu, sayang?”

Jawapan Fateh membuatkan Ema membesarkan matanya kepada pemuda itu. Mereka saling merenung. Ini kali kedua Fateh menggelarnya begitu. Apatah lagi di hadapan ketiga-tiga si kecil  itu.  Dia bimbang Hadif, Hafawati dan Huda bercerita kepada orang lain sahaja. Kanak-kanak kecil bukannya tahu apa-apa. Mereka sangat jujur.



                Fateh juga mencarinya dan berjumpa dengannya ketika dia sedang berbincang dari hati ke hati dengan Hijazi di kampungnya dahulu.



“Terima kasih sebab beri penjelasan tentang apa yang terjadi tapi saya harap awak tepati janji awak. Jangan cari saya lagi.” Ema berpaling ingin melangkah pergi daripada situ. Baru selangkah dia bergerak, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya. Ema terkejut dan pergerakannya terhenti di situ. Belum sempat dia hendak menghampiri dan memarahi pemandu kereta itu, Fateh keluar dan menghampirinya dengan raut wajah yang sangat serius.

“Awak! Buat apa di sini?” soal Ema.

“Cara, masuk dalam kereta.”

Ema terkebil-kebil memandang pemuda itu seketika. Hatinya ingin memberontak, namun mulutnya tidak dapat bersuara untuk membantah. Ema menghela nafas apabila Fateh kelihatan seperti tidak mahu mengalah. Dia berpaling dan melangkah ke arah bahagian tepi pemandu, namun sebelum masuk ke dalam kereta tersebut, Ema menoleh kepada Hijazi.



 “Rasanya adalah waktu-waktu dia cemburu, tapi dia tak pernah mengaku pun,” ujar Ema, memandang Iman dengan senyuman nipis. Iman tersenyum mengerti.

Well... Dengan pengakuan yang dia buat di lapangan terbang tempoh hari, rasanya awak sudah tak perlu ragu-ragu tentang perasaan dia, kan?” Iman menduga.

Ema menjungkitkan bahu. Iya... video dia dan Fateh telah tersebar luas di internet. Di mana-mana sahaja video itu boleh diakses jikalau tempat itu ada internet, termasuklah Darwish ini. Pengakuan Fateh memang mengharukan harinya, namun tidak cukup untuk dia membatalkan niatnya meninggalkan Zamora ketika itu.

“Minggu depan majlis hari jadi Danish. Fateh mungkin akan berada di Darwish ketika itu. Mungkin awak boleh beritahu keputusan awak pada dia ketika itu,” cadang Iman, membuatkan Ema menghela nafas dalam.

Ema merenung minumannya sambil berfikir keadaannya sekarang ini. Dahulu, dia hanya dilatih untuk kemungkinan melindungi dan berkorban demi keselamatan ahli kerabat diraja tersebut.  Terjebak dalam hubungan keluarga diraja Zamora seperti sekarang adalah sesuatu tidak pernah terfikir oleh akalnya.





Waaahhh... dah episod 50? 

Bila lah ceritera ni nak habis kan? hehe... Thanks kawan-kawan, setia mengikuti cerita ni. Arigatou gozaimasu! Sorry cik haliban lambat update sekarang. Sebab sekarang tengah menulis tesis master. InsyaAllah akan habis master bulan 12 ni, aaamin! Doakan tau! :)

Setakat ni, ada komen  apa-apa? hehe

7 komen:

nurul berkata...

Suka sbb panjangggggg...tq...suka suka sukaaaa...

nurul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Yangjue berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yangjue berkata...

Tjanks 4 de updated sis... waiting 4 nxt entry...goodluck with ur thesis.

Tanpa Nama berkata...

Biar lambat asal ada sambungannya.

K.mas

rabiatul adawwiyah berkata...

tq bg update tuan umh...nak lg n lagi yee.. Chaiyok2

soffy malik berkata...

Sambunglah lg

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©