COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 10 Januari 2016

Takdir Cinta (E&F) -43-

That wasn’t so bad, right?” soal Fateh merujuk kepada pertemuan mereka dengan kakanda-kakandanya tadi. Dia memandang Ema yang sedang mengambil makanan, bertentangan dengannya di meja bufet itu.
                “Banyaklah awak punya ‘wasn’t so bad ’. Boleh tak lain kali awak beri amaran pada saya? Tak adil bagi saya kalau awak buat begini. Stres tahu tak?” marah Ema dengan lembut.
                Fateh ketawa sahaja. Lucu pula apabila dengar Ema, si inspektor polis ini, stres dengan perbuatannya.
                “Jadi, akan ada lain kali? Maksudnya, kalau saya beritahu awak lain kali, awak tak boleh tolak permintaan saya. Deal?” Fateh mengangkat kening. Dia baru memperkenalkan Ema kepada Along dan Angahnya. Masih ada Achik serta ayahanda dan bondanya lagi.
                Ema memandangnya seketika sebelum sambung mengambil makanan. Soalannya langsung tidak diberi jawapan. Fateh mengikut langkah kaki Ema agar dia sentiasa bertentangan dengan gadis itu. Selangkah Ema bergerak, dia turut bergerak.
                “Tengku, hai.” Sapaan dari belakang membuatkan dia dan Ema memandang sumber tersebut.
                “Melissa. ” Fateh mengukir senyuman sopan dan mengangguk kepada gadis itu.
                “Tengku baru sampai? Nak saya temankan Tengku makan?” Gadis itu bertanya membuatkan Ema yang berada bertentangan dengan mereka itu menjulingkan matanya. Tengku Fateh Abqari tentulah mempunyai peminat.  Gadis yang menegur Fateh itu pula langsung tidak berpaling kepadanya seakan-akan dia tidak wujud di meja bufet tersebut. Walau bagaimanapun, Ema diam dan tidak mahu menyampuk. Dia terus sahaja memilih makanannya.
                “Tak apa, Melissa. I’m with my date. Cara...” Fateh membalas seraya memanggil Ema dengan panggilan mesranya. Ema menoleh dan menyuakan senyuman manis kepada gadis yang berdepan dengan Fateh itu. Baru gadis itu perasan kehadirannya di situ agaknya.
                “This is Melissa, my colleague. Melissa, this is Ema, my date.” Fateh memperkenalkan mereka berdua.
                Ema melambai sahaja kerana jarak mereka yang bertentangan di meja bufet itu agak jauh. Dilihatnya, senyuman di bibir gadis bernama Melissa itu pudar menjadi tawar.
                “Hai. Ema atau Kara? Tengku sebut dua nama tadi,” ujar Melissa keliru.
                Fateh ketawa kecil dan Ema senyum sahaja.
                “Awak boleh panggil dia Ema. Cara tu panggilan saya pada dia sahaja,” jelas Fateh, mengenyitkan matanya kepada Ema. Ema membulatkan matanya dengan gelagat Fateh itu.
                “Oh...” Melissa berjeda.
                “Dah siap? Jom duduk?” Fateh bertanya, bersedia untuk meninggalkan meja yang penuh dengan makanan itu. Ema mengangguk kepada Fateh sebelum senyum kepada Melissa.
                “Cik Melissa sudah makan? Jomlah sertai kami,” jemput Ema dengan sopan. Gadis itu memandang Ema seketika sebelum menggeleng. Ema berlalu dengan Fateh ke meja mereka. Nampaknya mereka duduk di meja berlainan dengan kakanda-kakanda pemuda itu. Ema lega. Apa tidaknya, tentulah dia segan dengan Cik Puan Airi.
                “Fateh!” Satu tepukan hinggap di bahu Fateh sebelum insan tersebut duduk di kerusi sebelah kanan Fateh itu. Ema yang duduk di kerusi sebelah kiri pemuda itu hanya memandang Fateh bersalaman dengan kawannya itu. Kedua-duanya berpaling kepadanya membuatkan Ema menyuakan senyuman.
                “Ema, ini kawan pilot saya, Safiuddin.” Fateh memperkenalkan sahabatnya kepada gadis di sisinya itu.
                “Nice to meet you finally, Ema,” ujar Safiuddin dengan sengihan.
                “Nice to meet you too, Encik Safiuddin.” Ema mengangguk kepada Safiuddin tanda perkenalan mereka walaupun dia sedikit hairan dengan kata-kata lelaki itu. Finally? Mereka pernah bertemu sebenarnya. Ketika itu dia sedang menjalankan tugas dan bekerja di kedai bunga. Agaknya lelaki itu tidak ingat.
                “Tak payah encik-encik, Ema. Panggil nama sahaja.”
                Ema senyum sahaja. Sebagai seorang pegawai polis, dia sudah biasa menggunakan gelaran sopan terhadap orang lain. Dia mengalihkan perhatian kepada makanannya dan membiarkan Fateh dan Safiuddin berbual.
                “She is the one, right? Patutlah kau tak layan orang lain selama ini,” bisik Safiuddin kepada Fateh, dengan jungkitan kening.
                “Hopefully,” balas Fateh pendek.
                “Kenapa? Takkan dia reject putera diraja Zamora ni kot?”
                Fateh senyum dengan tekaan Safiuddin itu.
                “Dia bukan perempuan biasa dan bukan calang-calang orang.”
                “Bukan calang-calang? Dia anak Dato’ atau Tan Sri kah?” tanya Safiuddin lagi.
                Fateh sengih dan menggeleng.
                “Nanti aku cerita lain kali. Kau datang dengan isteri kau? Mana dia?” Fateh menukar topik. Lagipun, takkanlah dia hendak bercakap tentangEma sedangkan gadis itu berada di sisinya. Mereka akhirnya bercakap tentang kerja. Ema pula berbual-bual dengan isteri Safiuddin apabila wanita itu duduk di meja mereka dan diperkenalkan kepadanya. Sementara Fateh dan Safiuddin berbual-bual dengan hadirin yang lain, isteri Safiuddin juga memperkenalkannya kepada kenalannya yang lain.
                “Hai, Ema.”
                Ema berpaling apabila ditegur. Mendengar suara itu, dia sudah tahu siapa. Sebenarnya, Ema tidak sangka insan ini akan menegurnya.
                “Cik Melissa.” Senyuman nipis dihulurkan kepada gadis yang sedang memegang segelas air koktail buah-buahan itu.
                “So... dah lama you kenal Tengku Fateh?”
                Soalan itu membuatkan senyuman Ema tidak pudar. Nada suara Melissa ini berbaur cemburu sedikit.
                “Kami satu kolej dulu, Cik Melissa,” jawab Ema pendek. It usatu fakta, dia tidak berbohong cuma dia tidak beritahu bahawa walaupun dia dan Fateh rakan sekolej dahulu, mereka berdua tidak pernah bercakap.
                “Oh... You kawan dialah, ya. Maaf. I selalu dengan dia tapi dia tak pernah cerita tentang you dan I tak pernah nampak you dengan dia. Itu yang I tanya. You kerja kat mana?”

Kiri=Melissa, Kanan=Ema.

                Terjungkit kening Ema sedikit. Fateh selalu bersama dengan Melissa? Tentulah dia percaya kerana Fateh itu seorang juruterbang dan Melissa adalah pramugari. Fateh dan gadis itu bekerja di syarikat yang sama. Bukanlah dia tidak cemburu tetapi firasat hati yang mengatakan bahawa Melissa sengaja hendak membuatkan dia cemburu itu membuatkan perasaan cemburu itu menjadi rasa geli hati. Lagipun, dia dilatih untuk tidak mudah percaya pada kata-kata seseorang yang tidak dikenali.
“Saya kerja kerajaan sahaja, Cik Melissa. Makan gaji. Cik Melissa sudah lama kerja dengan syarikat ini?”
“Sebulan sudah. Dulu I kerja dengan hotel papa I, tapi I was bored. Jadi, I minta tolong kawan I untuk kerja dengan syarikat ini.”
                Ema senyum dan mengangguk. Daripada kenyataan Melissa itu, dia dapat menyimpulkan beberapa perkara. Melissa baru sahaja sebulan bekerja tetapi dikatakan sentiasa bersama Fateh? Mustahil itu berlaku dengan jadual kerja juruterbang dan pramugari atau pramugara yang tidak tentu. Melissa juga adalah seorang anak orang berada dan mungkin sedikit manja. Hanya kerana bosan, gadis itu terus bertukar kerja?
                “You kawan Tengku Fateh. You mesti tahu sama ada Tengku ada girlfriend atau tak, kan? I rasa dia tak ada girlfriend. Kalau dia ada girlfriend, tentu dia bawa girlfriend dia datang pada malam ini, bukan you,” sambung Melissa lagi.
                Ema senyum lagi. Dia tidak tahu hendak komen apa. Kata-kata akhir Melissa seperti mahu menyindir dan memalukannya sahaja. Tentu Fateh akan bawa girlfriend? Ema terasa ingin ketawa. Fateh bukan bawa teman wanita tetapi membawa tunang tidak rasmi. Ema menyentuh cincin yang elok tergantung pada rantainya di sebalik tudungnya itu. Cincin itu cincin risikan. Hatinya sudah menerima namun dia masih belum berikan jawapan kepada pemuda itu. Jadi, hatinya menganggap diri sebagai tunang tidak rasmi kepada lelaki itu. Ema malu sendiri.
                Dalam pada itu, tiba-tiba seseorang datang menghampiri Melissa daripada belakang dan memeluk bahu gadis itu.
                “Hai, Melissa. Siapa ni? Kawan you?” Terus insan yang kelihatan mesra dengan Melissa itu bertanya dan memandang dirinya. Terangkat kening Ema seketika. Jikalau pemuda di hadapannya ini adalah suami Melissa, dia tidak kisah. Namun, berdasarkan nada Melissa ketika berbicara tentang Fateh dengannya tadi, dia rasa Melissa masih belum berkahwin lagi. Perbuatan memeluk bahu itu kelihatan sangat mesra dan tidak manis bagi dirinya.
                “Oh, Kapten. Ini date Tengku Fateh.” Melissa memperkenalkan mereka berdua tanpa langsung mengelak daripada insan tersebut.
                “Oh.... I see. Cantik! Hai, I’m Khairul. Kapten Khairul. ” Pemuda itu memuji tanpa segan silu.
                Walau bagaimanapun, Ema langsung tidak terpengaruh dengan pujian tersebut. Dia hanya mengangguk sahaja. Cantik? Rasanya lampu yang agak malap di kawasan dia berdiri itu membuatkan ramai yang tidak perasan akan parut yang hampir hilang di pipinya itu.
                “You berdua berbuallah. I ada hal sekejap,” ujar Melissa, tiba-tiba berlalu meninggalkan mereka berdua. Ema hanya memandang tubuh  Melissa menjauh dari mereka.
                “So, I would love to know the name of the beuty in front of me,” ucap Khairul, mengalihkan tumpuan Ema kepada pemuda itu. Ema memandang sekilas gaya pemuda di hadapannya yang membuat kesimpulan bahawa pemuda yang berpangkat kapten di hadapannya ini adalah seorang playboy. Manakan tidak, tadi pemuda itu memeluk bahu Melissa tanpa segan silu. Sekarang pemuda itu sedang bermain mata dengannya.
                “Maybe you should just stick with ‘Tengku Fateh’s date’, Kapten Khairul,” jawab Ema tanpa sebarang senyuman. Entah kenapa, dia tidak mahu memberikan namanya kepada lelaki ini.
                “Oh, feisty. Just what I like.”
                Ema menggeleng kecil sendiri. Dia seperti tidak percaya bahawa lelaki di hadapannya ini adalah seorang kapten dan rakan sejawatan Fateh. Dia berharap agar Kapten Khairul bukanlah kawan baik Fateh.
                “Khai!”  Suara yang menyapa Kapten Fateh itu membuatkan Ema menghela nafas lega. Dia memandang Fateh yang datang menyertai mereka berdua.
                “Bro, aku baru hendak berbual dengan date kau.” Khairul bersalaman dengan Fateh.
                “Khai, takkanlah tunang aku pun kau nak try juga kot,” balas Fateh, membuatkan suasana di antara mereka bertiga dingin seketika. Fateh dengan seyuman tawar, Khairul terkaku dengan tangan yang masih bersalaman, dan Ema yang terkejut dengan deklarasi putera diraja kedua Zamora itu.
                “Serius, bro? Maaf, aku tak tahu. Aku tak nampak cincin di jari dia pun.” Khairul memandang Fateh dan kemudiannya Ema.
Fateh juga memandangnya, memberi isyarat supaya Ema turut bermain dengan situasi yang muncul itu. Ema terasa ingin menyinga. Kenapalah Tengku Fateh ini sentiasa melibatkan dia dalam lakonan tanpa skrip begini? Dia menarik nafas dan memandang Khairul dengan senyuman.
Sorry, Kapten. Saya tak pakai cincin di jari saya sebab takut jatuh. Saya jadikan rantai sahaja,” ucap Ema, tangan kanannya menyentuh cincin yang berada di sebalik tudungnya itu walaupun Khairul dan Fateh tidak nampak cincin tersebut dan tidak tahu bahawa dia bercakap benar atau tidak.
Khairul kemudiannya meminta maaf kepada mereka berdua sekali lagi dan meminta diri untuk menegur seseorang. Ema dan Fateh memandang pemuda itu menghilang sebelum mereka berdua saling berpandangan. Ema ingin berkata sesuatu namun, dia melihat Fateh memandang ke arah belakangnya. 
Ema turut berpaling dan dia terkaku seketika. Tengku Iman Hakimi berdiri tidak sampai lima meter daripada mereka berdua. Fateh diam tidak bersuara. Tengku Iman Hakimi juga memandang mereka berdua dengan kening terangkat. Sejauh mana putera mahkota Zamora itu terdengar perbualan mereka berdua dengan Khairul tadi?
                “We’ll discuss this later, Ateh, Ema.”


jeng jeng jeng....
hihihi... apakah yang akan berlaku? sila buat spekulasi! :D
 . . . 
Akhirnya cik haliban dapat update E&F setelah habis final. Sekarang ini, nak mula lab works pula. Gambarre!!!

7 komen:

nurul berkata...

yeayyy...hahaha, ada yang nak kena marah dgn along..hihi..goodluck kak...

Tanpa Nama berkata...

Wahhh...smkin mnrik...thnks sis..truskn mnulis...best of luck 4 u...xoxo

che' que berkata...

Suka.. Suka.. Suka... Hehe.. Thank you penulis.. Kipidap!

Anna Masuri berkata...

Hahaha..best la..makin sweet plak diaorg ni...xsabar lak nak tggu next n3..Thank writer dan semoga terus berjaya... ^_^

Yasmin Zahra berkata...

So sweet. Keep updating cik haliban ! Chaiyok

muhammad amiruddien berkata...

cool website...

http://tadika.tk

terima kasih...

Dewi Aja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©