COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 31 Mac 2016

Takdir Cinta -45-



Dari tempat duduknya di kawasan balkoni kafe di tingkat dua kelab menunggang kuda itu, dia dapat melihat adik-adik Ema yang sedang teruja belajar menunggang itu. Dia memperkenalkan salah seorang jurulatih di situ kepada Mazurah, Syafik dan Majid sebelum dia dan Ema meninggalkan mereka dan berlalu ke kafe itu. Fateh menoleh kembali kepada gadis di hadapannya.
            Sudah sejam mereka di situ. Matahari juga sudah mula terik. Memang sengaja dia memilih tempat duduk di bawah payungan supaya cahaya matahari tidak mengganggu perbincangan mereka. Mereka berdua sudah berbincang beberapa perkara termasuklah tentang pertemuan antara ayahanda dan bondanya dengan Ema, pertemuan rasmi emak Ema dan ayahanda serta bondanya dan protocol-protokol majlis pertunangan serta majlis pernikahan mereka. Dia ingin menanggung segala perbelanjaan namun gadis itu pula tidak bersetuju seperti yang sudah dia jangka.
            “Awak tahukan, tempoh pertunangan kita mungkin bergantung pada tempoh notis saya berhenti kerja atau lebih lama lagi,” ujar Ema.
            Fateh yang duduk bersandar dan berpeluk tubuh itu mengangguk.
            “Saya faham.”
            “Awak tak kisah?” soal Ema, membuatkan Fateh senyum.
            “Bukan tak kisah tapi saya faham. Saya rasa awak pun tahu saya pernah menjadi ahli skuad khas tentera udarakan? Saya tahu prosedur-prosedurnya. Awak rela mengorbankan kerja awak ini pun, saya rasa bersalah sebenarnya,” balas Fateh, mendekatkan badannya ke meja dengan kedua-dua belah tangannya di atas meja itu supaya dapat berdepan gadis itu dengan lebih dekat.
            “Kenapa rasa bersalah pula?” tanya Ema pula dengan kerutan di dahi.
            “Sebab saya rasa awak sukakan kerja awak. Tak mudah untuk mengorbankan sesuatu yang kita suka.”
            Ema senyum. Betul apa yang pemuda itu katakan. Dia sukakan pekerjaannya sekarang. Bukan juga senang untuk dia membuat keputusan untuk berhenti. Dahulu dia berhenti menjadi ahli skuad elit Alpha kerana emaknya. Sekarang, dia perlu berhenti sepenuhnya daripada menjadi pegawai polis kerana pemuda ini. Itu tandanya, dia lebih menyayangi orang-orang di sekelilingnya daripada pekerjaannya.
            ‘Saya memang sayangkan kerja saya tapi saya lebih sayangkan awak,’ balas hati Ema.
‘Gedik!’ sergah fikiran Ema pula, membantah kata-kata hati yang mengada-ngada itu. Hati dan fikiran memang selalu akan tidak bersefahaman.
“Kadang-kadang, mengorbankan sesuatu yang berharga bukan bermakna kita kehilangan benda,” ujar Ema, tidak langsung menuturkan kata hatinya tadi. Memang sesekali dia tidak akan menuturkan kata-kata begitu lelaki itu selagi mereka tiada hubungan yang sah di sisi agama.
Fateh mengangguk setuju.
Proprio così , cara mia. (Betul tu, sayang),” balas Fateh dalam bahasa keduanya.
“Awak kena ajar saya bahasa itu,” pinta Ema tiba-tiba.
Terangkat kening Fateh. Ema hendak belajar bahasa Itali?
“Awak selalu guna bahasa tu, tapi saya tak faham,” sambung Ema lagi.
Fateh sengih. Timbul idea untuk mengusik Ema.
“Bahasa tu, bahasa tu. Bahasa apa?” usik Fateh.
“Bahasa asing yang awak gunakan itulah. Bahasa Itali, kan?”
“Pentingkah untuk faham apa yang saya cakap?” Fateh tidak menjawab permintaan gadis di hadapannya itu. Dia kembali bersandar pada kerusinya.
“Memandangkan awak bercakap dengan saya, tentulah saya hendak tahu apa yang awak cakap,” balas Ema dengan kerutan di dahinya. Tentu gadis itu pelik dengan soalannya.
“Kenapa awak hendak belajar dengan saya? Internetkan, ada?” soal Fateh lagi.
 “Fine. Saya boleh belajar sendiri.” Ema memeluk tubuh dan berpaling ke arah gelanggang kuda semula, seakan-akan ingin melihat adik-adiknya di bawah sana itu.
Fateh menyengih lagi. Gelagat Ema ketika ini seperti sedang merajuk dengannya pula. Dia suka! Gadis yang selalunya tampak tegas dan kasar itu ternyata turut mempunyai hati yang lembut.
“Okeylah. Saya boleh ajar awak tetapi dengan satu syarat.” Fateh mengangkat jari telujuk kanannya. Ema berpaling, memandangnya dengan penuh hairan.
“Syarat? Tak apalah. Saya rela tak belajar dengan awak kalau bersyarat-syarat bagai,” sangkal Ema, membuatkan Fateh ketawa.
“Tapi syarat ini penting untuk awak. Saya tak halang awak belajar dengan internet tapi belajar begitu takkan sesempurna awak belajar dengan saya nanti,” ucap Fateh,ingin memujuk gadis itu.
 Ema merenung Fateh dengan penuh keraguan. Herm... Dia tidak termakan dengan kata-kata pemuda itu, tapi apalah ruginya dia mengikut sahaja kata-kata Fateh. Lagipun, tidak lama lagi pemuda itu akan menjadi suaminya dengan izin Allah. Apa sangatlah syarat yang Fateh boleh kenakan kepadanya, kan?
“Apa syaratnya?”
“Awak belum setuju.” Fateh sengih. Dia perasan, gadis itu belum lagi bersetuju tetapi hendak mengetahui syarat yang ingin dikenakan olehnya.
 “Perjanjian mana yang awak ikut mengatakan kena setuju dahulu baru boleh tahu syarat? Normallah kalau saya hendak tahu syarat dulu, baru saya tahu saya boleh setuju atau tak,” sanggah Ema, masih memeluk tubuhnya.
Cara, awak atau saya yang hendak belajar bahasa Itali? Awak. Awak pelajar, saya pengajar. Mestilah kena ikut cara saya,” balas Fateh sambil mengangkat dan menggerak-gerakkan sebelah keningnya beberapa kali.
Ema menjeling pemuda di hadapannya itu. Ketika itu, hujung matanya menangkap kedatangan seseorang.  Dia memandang insan yang sedang berjalan ke arah mereka daripada belakang pemuda itu sebelum memandang Fateh kembali. Ema tersengih dalam hati kerana Fateh tidak menyedari apa yang bakal berlaku nanti. Dia berpura-pura tenang dan tidak peduli dengan gelagat Fateh di hadapannya itu.
Cara...” Fateh memanggil, namun ada suara yang menyampuk secara tiba-tiba daripada belakangnya.
Ateh, fancy meeting you here." Suara itu diikuti satu tepukan di bahu kiri Fateh.
Fateh terdiam. Dia kenal suara itu. Dia sempat memandang Ema yang kelihatan tenang dengan senyuman nipis itu sebelum dia berpaling.
"Achik.” Fateh menyapa kakanda keduanya yang sedang berdiri itu. Wanita itu memandangnya sebelum mengerling ke arah Ema.
"Siapa ni? Tak nak kenalkan pada Achik?" Sebelah kening kakandanya itu sudah galak menari-nari. Fateh menghela nafas. Bertemu dengan kakanda keduanya di sini, kebetulan atau takdir?
“Duduklah, Achik. Achik dengan siapa ni? Mana anakanda-anakanda saudara Ateh?” Fateh memandang sekeliling mereka sementara kakandanya itu mengambil tempat duduk di antara dirinya dan Ema itu. Ema bersalaman dengan kakanda keduanya dengan tenang bersama senyuman manis
“Achik datang jumpa kawan sekejap. Anak-anak bersukan dengan papa mereka sekejap pagi ni, Achik tak ikut,” jelas wanita itu.
Fateh mengangguk sebelum memperkenalkan Ema kepada kakandanya itu sebagai kawan-istimewa-setakat-ini. Kedua-dua perempuan kesayangannya itu saling menyuakan senyuman.
“Ateh, Achik hauslah. Tolong buat pesanan untuk Achik di kaunter, boleh?” pinta kakandanya membuatkan Fateh diam.
Sebetulnya, mereka hanya boleh memanggil pelayan kafe itu untuk membuat pesanan, tapi dia tahu bahawa kakandanya ingin berbual dengan Ema tanpa kehadirannya di situ. Fateh memandang Ema. Gadis itu hanya senyum dan mengangguk sahaja, membuatkan Fateh yakin bahawa gadis itu boleh mengendalikan kakandanya itu. Akhirnya, dia mengangguk dan berlalu meninggalkan Ema dan Tengku Syifa’ul Asrar di situ.
Lima minit kemudian, Fateh berjalan kembali ke meja mereka bersama segelas jus dan sepiring kuih muih. Dari jauh, rancak sahaja kakandanya dan Ema berbual-bual. Fateh senyum sendiri. Baguslah jika Achiknya menerima Ema. Semua ahli keluarganya sudah mengenali Ema. Selepas ini, hanya tinggal bonda dan ayahandanya sahaja.
Thank you, Ateh,” ucap kakandanya selepas jus dan piring kuih diletakkan di hadapan wanita itu. Fateh kembali duduk di tempatnya.
“Jadi, Ema dan Ateh dah ada perancangan nak jumpa ayahanda dan bonda?” soal kakandanya.
Fateh berpandangan dengan Ema yang mengangguk sedikit kepadanya, sebelum dia memandang kakandanya kembali.
“InsyaAllah, minggu hadapan. Bergantung kepada kelapangan ayahanda dan bonda,” jawab Fateh, menyatakan persetujuan yang dicapai antaranta dan Ema dalam perbincangan mereka tadi.
“That’s great. Benda baik perlu disegerakan. Ayahanda dan bonda banyak masa lapang sekarang. Hampir semua tugasan, Along sudah ambil alih daripada ayahanda. Sekarang ini, mereka tunggu hendak melayan cucu-cucu sahaja. Anyway, adakah Achik orang terakhir kenal Ema? Angah sudah tahu?”
Fateh menjungkitkan bahu, bukan tidak tahu tapi tidak mahu menjawab. Soalan Achiknya itu memang menjerat diri. Kalau diangguk, tentu si ibu muda terasa hati pula. Kalau digeleng, itu tidak betul. Angah sudah kenal Ema tetapi dia tidak pasti jika Angah mengetahui hubungannya dengan Ema. Kemungkinan besar Along mereka sudah memberitahu Angah, tapi kemungkinan juga Along menunggu dia sendiri memaklumkan perkara tersebut kepada Angah.
Fine. Tak penting pun. Okey, Ema. Achik akan add awak dalam kumpulan Whatsapp ‘Gorgeous Royal Ladies’. Nanti kita boleh bergosip-gosip dengan Angah tanpa gangguan orang lain,” ujar Achik kepada Ema, membuatkan Fateh yang mendengar itu tersenyum kecil.
“Amboi, nama kumpulan memang tak boleh blah...” komen Fateh.
Achiknya menjeling. Ema senyum.

Ema mematikan talian telefonnya selepas bercakap dengan si pemanggil hampir setengah jam. Panas telefon tangannya apabila digunakan selama setengah jam tanpa henti. Rasanya, dia lebih banyak mendengar dan mengangguk tadi. Sesekali dia bercakap panjang, menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
            Ema bangun daripada duduk di tangga dan masuk ke dalam rumah. Tiga adik-adiknya yang sedang menonton televisyen itu dihampiri sebelum dia duduk di kerusi berhampiran. Emak mereka masih di dalam bilik, mengaji selepas solat Isyak barangkali.
            “Akak, cakap dengan Abang Fateh ya?” Mazurah berpaling kepadanya dan bertanya.
            Ema mengangguk sahaja.
            “Baiknya Abang Fatehkan? Bawa kita orang menunggang kuda dan semua kos dia yang tanggung. Untungnya dia jadi abang ipar kita orang,” ujar Mazurah, memuji bakal-abang iparnya.
            Ema senyum sahaja. Melangit pula pujian adik perempuannya kepada Fateh. Kalau Fateh dengar, tentu lelaki itu sudah sengih lebar.
            “Tapi akak, akak tak rasa ke cepat sangat?” sambung Mazurah lagi tetapi Ema tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh adiknya.
            “Cepat apa?” Berkerut dahi Ema.
            Mazurah membetulkan kedudukannya, menghadap kakaknya dengan betul.
“Iyalah... Baru hari itu dia bagi cincin risikan pada akak. Baru nak masuk dua minggu, akak sudah hendak jumpa mak ayah dia. Raja dan permaisuri kot, akak. Akak tak takutkah?”
Ema senyum. Betul kata Mazurah sebenarnya. Baru hampir dua minggu emaknya menerima cincin risikan daripada Fateh dan esok dia akan masuk ke istana bersama emaknya untuk bertemu dengan keluarga Fateh yang lain. Namun persoalan lama atau sekejap itu tidak timbul dalam benak fikirannya.
Yang sekejap itu cuma tempoh  tersebut, tetapi mereka berdua bukan baru dua minggu kenal. Iya... mereka tidak seperti pasangan lain yang keluar bersama-sama atas nama tiket ‘mengenali hati budi masing-masing’. Mereka berdua adalah individu yang sibuk dengan kerjaya masing-masing dan takdir menemukan mereka setiap kali pada masa dan tempat tertentu. Walaupun pertemuan mereka tidak kerap, namun perasaan yang hadir itu sudah tetap di hati mereka.
Dia sendiri memang mula menaruh perasaan terhadap lelaki itu dengan senyap-senyap. Setiap kali Fateh berbuat baik kepadanya dan keluarganya, dia cuba menidakkan hatinya dengan alasan Fateh berbuat demikian atas nama ‘kawan’. Namun, dia tidak menyangka lelaki itu turut sama mempunyai hati terhadapnya. Apabila Fateh merisik dirinya melalui emak mereka, apakah dia mempunyai alasan lain untuk menolak?
“Akak betul-betul sudah kenal Abang Fateh?” soal Mazurah lagi.
Ema memandang adik perempuannya. Adik-adik lelaki mereka juga sudah mula menoleh kepada mereka berdua, tertarik dengan topik kali ini.
“Apa pendapat kau orang tentang dia?” Ema menyoal ketiga-tiga adiknya.
“Abang Fateh cool,” jawab Syafiq.
Humble.” Majid menjawab sepatah.
Ema memandang Mazurah yang mengambil masa untuk menjawab itu.
“Okey. Abang Fateh baik hati dan hormat orang biasa macam kita tapi itu sekarang, akak. Macam mana dengan sejarah dia? Masa lampau dia? Akak tahu?” Mazurah memandangnya dengan kerutan di dahi.
Ema senyum dan menggeleng. Adik perempuannya ini terlalu berfikir dengan rumit.
“Hadis Nabi SAW ada menyebut, ada empat perkara yang harus dipertimbangkan dalam urusan pernikahan iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama[1]. Yang paling peting antara empat perkara ini, apa?”
“Agama.” Bergabung suara ketiga-tiga adiknya itu membuatkan Ema mengangguk dan memandang Mazurah.
“Masa lampau itu kita tak boleh ubah. Sure, dia tak cerita pada akak sejarah dia tapi kita kena faham bahawa setiap orang ada their own dark secrets. Even kau orang pun, kan? Kalau ada benda ini penting dalam satu hubungan itu dirahsiakan, one day rahsia itu akan pecah juga dan masa itu, apa yang paling penting dalam satu hubungan itu adalah kepercayaan. Percaya pada pasangan kita dan percaya pada Allah. Allah itu Maha Adil. Kalau kita ikut sahaja apa yang Allah suruh, why would He give us despairs? Kecuali untuk menguji kita. Malah, Allah beri ujian pada kita mengikut apa yang kita mampu.”
Ketiga-tiga adiknya mengangguk setuju dengan tazkirah pendeknya pada malam itu.
“Jadi, malam ni poinnya adalah percaya pada dia dan percaya pada Allah,” ucap Ema mengakhiri perbualan mereka.



[1] Dari Abu Hurairah dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dikahwin perempuan itu kerana empat perkara; hartanya, kecantikannya, keturunanannya, dan agamanya. Maka pilihlah agamanya, kerana agamanya yang akan menyelamatkan engkau”. (Hadis Riwayat Bukhari). Sumber: Drs. H. Muslimin, SKM., M.M.Kes. (2015) Pendidikan Agama Islam, p.221.

5 komen:

nurul berkata...

terima kasih...

eifa arey berkata...

Terima kasih daun keladi. Akhirnya ada entry jugak...

Tanpa Nama berkata...

great...rasa nak tahu lebih lanjut lagi

Tanpa Nama berkata...

Jgnlah lama sgt entri seterusnya. Tqvm sy suka.

Nur Nadheera berkata...

Wahhh!! Zati suka sangat dengan gaya penulisan Cik Haliban , seronok jerr bila baca.

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©