Ema keluar daripada tandas dan duduk
ke kerusi kosong berdekatan. Dia bersandar dan menghela nafas sebelum memandang
sekeliling kawasan Kecemasan Dan Trauma hospital itu. Kemudiannya, dia
memandang t-shirt bersarungkan kemeja dan seluar yang dipakainya. Sedikit
sebanyak, nyata kelihatan darah yang terpalit pada pakaiannya.
Jam
ditangan dipandang. Sudah setengah jam dia berada di hospital. Dia dibawa ke
hospital menaiki ambulans, tetapi tentulah dia perlu pulang ke kediaman dengan
usaha sendiri. Dia menghela nafas sebelum bangun dan bergerak menuju ke pintu
keluar.
“Cara!”
Ema
terkaku mendengar suara tersebut. Pandangan matanya pantas menjengah tubuh
insan tersebut yang sedang bergegas mendekatinya itu. Hanya lelaki ini sahaja
yang menggunakan gelaran tersebut kepadanya.
“Cara, awak okey ke tak? Awak cedera di
bahagian mana? Doktor cakap apa?”
Bertalu-talu
soalan keluar daripada lelaki itu, membuatkan Ema mengerutkan dahinya. Dia tahu
Fateh akan berada di Darwish pada hari ini tapi bagaimana Fateh tahu dia ada di
hospital ini?
“Saya okey
sahaja. Yang awak nampak cemas ni kenapa? Siapa beritahu awak saya ada di
sini?” Tanya Ema.
“Iman cakap
awak accident. Awak sudah jumpa
doktor atau belum?” Wajah lelaki itu masih penuh kebimbangan.
Ema diam
seketika. Iman? Bagaimana Iman boleh tahu dia berada di hospital, dia tidak
dapat hendak nafikan. Kemalangan itu terjadi di hadapan kediaman milik Iman dan
Tengku Danish yang dia duduki sekarang, tentulah pembantu rumah mereka berdua
tahu tentang perkara tersebut.
“Saya tak
jumpa doktor pun. Bukan saya yang accident,”
jelas Ema.
Fateh diam
seketika.
“Bukan awak?
Habis, kenapa baju awak ada darah ni?”
“Saya tolong
mangsa kemalangan tu tadi,” jawab Ema.
Fateh
menghela nafas lega. Alhamdulillah. Dia memandang wajah Ema yang tenang
merenung dirinya. Mereka saling berpandangan sebelum dia tersedar bahawa mereka
masih berdiri di ruang menunggu kawasan Kecemasan dan Trauma itu.
“Jom. Saya
hantar awak balik,” ajak Fateh.
Ema
mengangguk sahaja dan mengikut langkah Fateh. Dia berjalan di belakang lelaki
itu yang masih berkemeja itu. Ema terfikir, adakah Fateh bergegas mencarinya di
sini semasa majlis Tengku Danish masih berlangsung?
Perjalanan mereka
hanya diselubungi oleh celoteh DJ dan lagu daripada radio. Ema elok sahaja
menyandarkan badan dan kepalanya di kerusi. Matanya ditutup dan dia tidak
menghiraukan sekelilingnya. Dia berasa penat dan ingin berehat seketika sebelum
tiba di kediaman sementara yang didiaminya.
“Awak dah
makan ke tadi?”
Ema membuka
matanya apabila Fateh bertanya. Tentulah Fateh meyoalnya. Bukannya ada orang
lain dalam kereta ini. Walaupun dia sedang berperang dingin dengan Fateh,
rasanya dia tidak patut membiarkan soalan Fateh tidak berjawab.
“Tak sempat,”
balas Ema berpaling memandang lelaki yang sedang memandu itu.
“Awak balik
bersihkan diri. Lepas tu, kita keluar makan sama-sama ya?” ajak Fateh.
Ema diam
seketika sebelum mengangguk apabila Fateh memandangnya. Dia tidak perlu terus
mengelak daripada Fateh. Lagipun, lebih adil untuk dia beri peluang kepada
lelaki ini untuk membuktikan kata-kata yang didengarinya beberapa hari yang
lalu.
Setengah jam
kemudian, mereka berdua berada dalam perjalanan menghala ke sebuah restoran.
Ema memakai blaus dan berpalazo untuk keselesaannya. Fateh membawanya makan di
sebuah restoran di tepi sungai.
“Bila awak
akan balik ke Zamora?” tanya Fateh apabila makanan sudah terhidang di hadapan
mereka.
“Dua hari
lagi. Awak?”Ema berterus terang dan kembali bertanya.
“Pagi esok. Petang
esok saya kena fly ke Thailand,”
jawab lelaki itu.
Ema
mengangguk.
“Bulan depan
saya kena hadiri majlis makan malam amal. Awak jadi plus one saya, boleh?”
Ema terdiam.
Mindanya teringat akan kali pertama dia menyertai majlis makan malam syarikat
penerbangan tempat kerja Fateh itu. Malam itu adalah titik permulaan
hubungannya dengan lelaki ini. Namun, lihatlah keadaan mereka sekarang.
“Anjuran
siapa?” tanya Ema tanpa menjawab soalan sebenar.
“Jabatan
bawah Kementerian Pertahanan.”
Perhatian Ema
bertambah apabila mendengar tentang Kementerian Pertahanan. Jika dia menghadiri
majlis makan malam amal tersebut, kemungkinan besar dia akan dapat bertemu
dengan orang-orang besar Kementerian Pertahanan. Kesempatan itu boleh diambilnya
untuk mengatur perjalanan hidupnya pada masa hadapan.
Ema memandang
Fateh, yang nyata sedang menunggu jawapan daripadanya. Seketika kemudian, dia
mengangguk tanda bersetuju. Wajah lelaki itu terus berubah menjadi ceria.
“Nanti saya
temankan awak cari dress yang sesuai.”
Ema terdiam
seketika. Takkanlah Fateh hendak mengambil hatinya sehingga sanggup menemaninya
membeli belah? Dia menggeleng.
“Tak perlu. Dress yang awak bagi untuk majlis makan
malam tempoh hari masih boleh dipakai,” bantah Ema.
“Okey.” Fateh
akur. Senyuman masih terukir di bibirnya.
Keluar sahaja daripada bilik air,
Tengku Iman Hakimi melihat isterinya sedang bersantai di sofa bersama iPadnya. Khusyuk wanita itu memandang skrin tanpa
menoleh ke arahnya. Ish... Tak boleh jadi ni.
“Buat apa,
tengok iPad daripada tadi tu?” soal Hakimi.
Dia mengambil tempat di sebelah wanita itu dengan sebelah tangannya masih
mencuba untuk mengelap rambutnyayang masih basah.
Airi
mengangkat wajah dan senyum kepada si suami.
“Baca cerita
di aplikasi Wattpad ni,” jawab Airi seraya meletak iPad di tangannya itu di
sebelah. Dia berpaling menghadap suaminya dan mencapai tuala di tangan lelaki
itu.
“Melayu? English?” Hakimi membiarkan isterinya
menggosok-gosok kepalanya dengan tuala itu. Dipandang wajah isteri yang sangat
mirip dengan wajah adindanya, Tengku Syifa’ul Asrar.
“Cerita Chinese zaman dulu-dulu tapi translated into English.”
“Ada plot
cerita ala-ala cerita Ateh tak? Public
confession?” tanya Hakimi dengan senyuman nakal dan sinis. Airi tertawa.
Boleh pula suaminya terfikir perkara itu.
“Ada tapi ini
lagi best. Raja ni declare yang dia sayangkan permaisuri
dia dalam titah baginda semasa upacara pertabalan permaisuri itu.”
“Iya? Dia
cakap macam mana?” Terangat kening Hakimi.
“Cerita China
zaman dulu-dulukan selalu ada scene
orang baca perintah diraja. Raja ni tulis tulis perintah, ‘Mempunyai
isteri seperti dia adalah satu rahmat dari langit’[1]. Haaa... Romantik sangatkan?” Airi
bercerita.
“Kalah Ateh.
Ingatkan kisah Ateh yang paling dramatik.” komen Hakimi.
“Ateh tu
kisah realiti. Ini angan-angan penulis. Macam-macam boleh jadi,” balas Airi.
Tuala yang digunakan diletak di tepi. Sudah tiada titisan air yang jatuh dari
rambut suaminya.
“Apa cerita Ema sekarang? Ateh baru pulang
daripada Dariwsh, kan?” Hakimi bersandar pada sofa. Kalau tidak salah, Ateh
sudah balik daripada Darwish beberapa hari yang lalu. Adinda bongsunya itu
tidak boleh berlama-lama di sana kerana tuntutan kerja.
“Ema akan
kembali ke Zamora esok. Ikut perancangan kami, esok Airi dan Achik akan ambil
dia di lapangan terbang,” jawab Airi.
Hakimi
menoleh kepada isterinya. Ini pertama kali dia mendengar perancangan tersebut.
“Kimi tak
tahu pun?” Ingat senang-senang dia hendak benarkan isterinya merangkap puteri
mahkota Zamora itu keluar tanpa pengawasan sesiapa?
Airi mula
menyuakan senyuman paling manis kepada suaminya.
“Ni Airi
hendak beritahulah. Bolehkan, amor?”
Lengan si suami di urut lembut. Matanya dikelip-kelip dengan comel.
“Comel
sangatlah buat muka macam tukan?” Hakimi membulatkan matanya.
”Eh. Mestilah
comel. Tengok kembar tiga tu, semua comel sebab gene Airi tau,” balas Airi dengan nakal.
“Eh.”
Akhirnya kedua-duanya
ketawa sendiri.
4 komen:
tq cik penulisss..
ala ala ala airiii...
p/s:kenapa mcm suka plak dgn nama panggilan cara..hahahah..
Apela Ema rancang tu..huhu
Sambung plisss
Bukak blog cik haliban dgn perasaan kecewa setiap hari. Pliss update.. ����
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D